Darah Berwarna Merah, Mengapa Urat Darah Berwarna Biru?

5 Soalan Pelik, 5 Jawapannya


Pernah bertanyakan diri sendiri soalan-soalan ini? Mungkin belum dapat jawapannya? Menerusi perkongsian artikel di portal Mylaunchpad, kami berikan kepada anda jawapan kepada 5 soalan pelik tetapi logik ini.


1). Soalan: Darah manusia berwarna merah, jadi kenapa urat kita nampak seperti warna biru?



 Jawapan: Kerana perbezaan julat atau kepanjangan gelombang, dan perbezaan sifat bahan yang mengenai tangan kita apabila kita melihatnya. Warna biru yang dihasilkan diserap darah lantas memantulkan warna urat kelihatan seperti warna biru. Jawapan yang sama juga boleh diberi kepada persoalan kenapa langit berwarna biru.


2). Soalan: Kenapa kita tak dapat dengar accent penyanyi ketika menyanyi?



Jawapan: Betul, apabila dengar Adele menyanyi, kita tak boleh teka sama ada dia British atau American. Ini berkaitan dengan faktor fonetik dan nada. Apabila menyanyi, seorang penyanyi perlu ‘menekan’ sesetengah suku kata dan memanjangkan sebutan huruf vokal. Hasilnya, semua sebutan dalam nyanyian kedengaran “American”.



3). Soalan: Apa beza “&” dan “dan” dalam kredit filem?



Jawapan: Simbol “&” bermaksud dua orang yang bekerja bersama, manakala “dan” bermaksud hasil kerja seseorang diubah dan digunakan oleh seseorang yang lain.



4).Soalan: Kenapa kita tak boleh tentukan sama ada tomato sejenis buah atau sayuran?



Jawapan: Secara teknikal, tomato adalah buah kerana mempunyai biji di dalam yang boleh diambil dan ditanam. Tetapi keputusan Mahkamah Agung New York pada tahun 1893 memutuskan ia adalah sejenis sayuran kerana tak mahu petani yang menanam tomato terlepas dari membayar cukai.



5). Soalan: Kenapa jari kita mengecut selepas mandi atau berendam dalam air?




Jawapan: Tak ada kena mengena dengan penyerapan air yang banyak. Sebaliknya, ia terjadi untuk menguatkan cengkaman jari tangan dan kaki ketika berada dalam air. Contoh paling mudah, seperti tayar kereta yang punya kualiti yang baik, ia akan mencengkam apabila melalui air atau kawasan basah.


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ