Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Khas Buat Pencinta 'Bangsa'...




Tadi aku pergi satu Uptown kat area KL. Baru je sampai, dah dapat satu parking baik. Dekat sangat dengan gerai-gerai. Masa ni dah happy sebab jarang dapat peluang parking mudah macam ni.
Tapi aku keluar je kereta, datang sorang mamat ni jumpa aku.

"Bang, RM5."
"Dah kenapa?" Aku tanya.
"Kalau parking sini kena bayar bang. RM5."

3 tahun aku lepak kat sini, dah dekat beratus kali aku datang, ini first time orang mintak bayar parking.

"Dah. Aku tak nak bayar." Aku pun hidupkan semula enjin dan keluar dari parking.
Aku parking jauh sikit daripada Uptown. Dekat 500 meter juga. Depan rumah kosong. Keluar je kereta, datang sorang lagi mamat.
"Bang, parking sini kena bayar RM5."

Ini celaka.

Aku pun try nak buat cerita. "Bro, sebelah ni rumah mak cik aku. Takkan aku kena bayar kot?"
"Rumah mak cik ke, pak cik ke, abang kena bayar jugak sebab dah parking area sini."

Hati aku panas.

Aku hidupkan balik enjin, dah blah dari situ. Dalam hati aku, takkan sesen pun aku bagi duit kat lanun-lanun macam ni. Aku parking lagi jauh. Dalam 1KM juga daripada Uptown. Ingatkan dah lega.
Rupa-rupanya datang jugak dua lagi mamat naik motor, dan kata pada aku,

"Bang, RM3."
Ini sudah lemak. Kalau ikut kawasan radar askar, tempat ni memang jauh daripada Uptown yang hendak aku tuju.

"Korang ni dari mana? Kenapa aku kena bayar kat korang?"
"Ini arahan ketua tempat ni bang."
"Ketua dia siapa? Datuk Bandar? Menteri? "

Saja aku tanya walaupun dah tahu dah ketua apa yang dia maksudkan.

" Kalau abang tak puas hati, abang boleh jumpa dia. Nama dia xxxxx. "
Aku malas nak bertekak, aku pun kata,
" Dah. Aku malas nak parking sini."
Dan dia boleh menjawab, "Sukati kau la bang. Ramai lagi nak parking sini."

Kali ni dah tiga kali aku alih parking tempat lain.

Demi Allah, aku takkan bagi sesen pun kat diorang ni. Aku siap fikir nak balik ke bilik, tapi masalahnya, aku nak beli baju.

Tak sampai 50 meter dari tempat parking aku tadi, nampak satu tempat parking yang ada pondok pengawal. Bayaran masuk dia RM1.00 sahaja sekali masuk. Tempat dia sama jauh dengan tempat aku parking last tadi. Aku pun masuk, kemudian tak sampai seminit, terus dapat parking. Kau bayangkanlah ya. Waktu-waktu musim perayaan begini, ada pihak yang ambik kesempatan untok tibai duit orang daripada bayaran parking.

Masalahnya, orang yang dapat duit banyak-banyak ni, bukan sesiapa. Duit tu disalurkan hanya untok poket dia sahaja. Buta-buta malam ni, boleh dapat dalam RM2000-RM5000. Kau ingat halal ke duit macam ni?

Ni nama dia penindasan. Menindas orang yang perlukan parking untok beli barang. Kau tak ada hak nak ambil duit aku. Kau tak ada hak nak kutip duit parking. Kau tak ada hak ke atas tanah yang kau caj RM3 dan RM5 tu. Tapi yang ironinya, semua pemintak duit parking tadi adalah, MELAYU.

Ya, bangsa Melayu. Aku kenal Melayu macam mana sebab aku pun Melayu. Kalau semalam kat Low Yatt, dok bising pasal orang Cina menindas orang Melayu. Ni orang Melayu tindas orang Melayu ni macam mana nak cerita?

Aku paham la ada sesetengah daripada kita ni kononnya nak berjihad melawan orang kafir lah, bangsa penindas lah, tegakkan khalifahlah.

Tapi masalahnya, kau pun menindas orang. Yang sedihnya, kau menindas bangsa kau sendiri. Lagi sedih, entah kau fikir ke tidak bahawa kau menindas saudara seagama kau sendiri!

Aku sedih gila kot. Aku bayangkan tadi, kalau ada Cina mintak aku duit, mesti ramai orang Melayu kata diorang ni buat kerja haram. Tapi kalau orang Melayu buat, secara automatik benda tu jadi halal.
Aku tengah panas lagi pasal benda ni. Tapi aku panas macam mana pun, aku nampak ada je polis lalu lalang situ. Tapi diorang buat tak nampak, atau memang betul-betul tak nampak kegiatan haram kat area Uptown tadi.

Aku harap, suatu hari nanti, Tuhan akan jatuhkan azab ke atas golongan penindas bangsa sendiri macam ni.


Copy & Paste dari fb Muhammad Farid Wajdi Bin Hanif


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ