Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Cuba Isi Jawapan Di Bawah

Cuba isi jawapan di bawah ini (sila jawab dengan jujur di dalam hati masing-masing) :

1. Allah menciptakan TERTAWA dan .......
2. Allah itu MEMATIKAN dan ......
3. Allah menciptakan LELAKI dan .......
4. Allah memberikan KEKAYAAN dan ......

Majoriti anda akan menjawab:

1. MENANGIS.
2. MENGHIDUPKAN.
3. PEREMPUAN
4. KEMISKINAN.

Yakin jawapan anda itu betul? Untuk mengetahui adakah jawapan di atas itu benar atau tidak, mari kita sesuaikan jawapan tersebut dengan rangkaian firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surat An-Najm (53), ayat: 43-45, dan 48. sebagai berikut:

"...dan Dia-lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS." (QS. 53:43).
"...dan Dia-lah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN." (QS. 53:44).
"...dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan LELAKI dan PEREMPUAN. " (QS.53:45).
"...dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48).

Ternyata jawapan kita umumnya BETUL hanya pada soalan no. 1-3.
Tapi, jawapan kita untuk no. 4 (kalau jujur) umumnya mesti KEMISKINAN (jawapan yang salah)
Jawapan versi Allah dalam Al-Qur'an bukan KEMISKINAN, tapi KECUKUPAN...
Maa syaa Allah..!!!

Sesungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta'ala hanya memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN kepada hamba-Nya..yakinlah !
Dan yang "menciptakan" KEMISKINAN adalah diri kita sendiri. Hal ini boleh berlaku kerana ketidakadilan ekonomi, malas, boleh juga kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam fikiran kita sendiri. Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur, walaupun hidup susah, ia akan tetap tersenyum dan merasa CUKUP...

Jadi, marilah kita melahirkan rasa KECUKUPAN di dalam hati dan fikiran kita, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu BERSYUKUR.. baik dalam kegembiraan ataupun kesedihan dan kesusahan. Kerana di dalam kesusahan dan kesedihan pun adalah rezeki dari Allah SWT..
Semoga BERSYUKUR kita bernilai ibadah..

Aamiin Ya Rabbal 'aalamiin.'

Sumber fb




Nak kongsi pendapatan sampingan yang percuma di facebook sila klik sini 8Share


8 comments:

kecukupan..yes betul..Allah tidak memfakirkan dan tidak akan memberi kemiskinan kepada hambanhya melainkan tiadanya usaha hinggakan diri kita sendiri yang menuju ke arah kebinasaan..

8 November 2013 at 09:33 comment-delete

aefa mohon share yer :)

8 November 2013 at 10:19 comment-delete

bersyukur selalu dalam apa keadaan sekali pun..

8 November 2013 at 10:53 comment-delete

kite kna bersyukur dan berusaha kuat

baru boleh sentiasa rasa cukup

klo malas usaha mmg x ke mn huhu

8 November 2013 at 11:19 comment-delete

Setiap yang tercpta di dunia ini pasti berpasangan. Tak kisah apapun, tetap ada pasangannya kan.

8 November 2013 at 12:01 comment-delete

kena rajin2 baca alQuran :)

8 November 2013 at 16:04 comment-delete

blogwalking......salam blogging.

8 November 2013 at 20:36 comment-delete

Itulah pasangan yang idealnya kan. Harus kita meredainya.

9 November 2013 at 21:47 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ