Pemakaian Coli Semasa Tidur Menyebab Kanser?
Pemakaian coli semasa tidur merupakan salah satu mitos yang popular. Kaum wanita telah menggunakan coli selama berabad lamanya untuk memberikan sokongan pada bahagian payudara. Namun, pemakaian coli ke tempat tidur telah membuatkan khabar angin tersebar bahawa ia boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan meratakan dada anda. Di sini, kami akan membongkarkan empat mitos berkaitan pemakaian coli semasa tidur seperti berikut:
Pemakaian coli semasa tidur: Penyebab kanser payudara?
Tidak, mengikut kata seorang pakar bedah payudara. Coli yang mempunyai besi tidak menyebabkan atau meningkatkan risiko kanser payudara. Khabar angin ini bermula pada tahun 1995 di mana seorang pengarang yang menulis sebuah buku bertajuk 'Dressed to Kill' telah mendakwa bahawa wanita yang memakai coli ketat setiap hari terutamanya yang mempunyai besi lebih berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang semulajadi. Malahan, dia turut mengatakan bahawa perkara ini turut mengecutkan sistem limpa yang mana berfungsi untuk menyingkirkan toksin daripada badan, namun coli memerangkap toksin dalam tisu payudara lantas menyebabkan kanser payudara terjadi. Namun begitu, tidak ada bukti saintifik untuk menyokong teori ini.
Pemakaian coli semasa tidur: Memastikan payudara anda lebih baik?
Malangnya, tidak ada bukti nyata bahawa payudara anda kelihatan lebih baik jika memakai coli pada waktu malam. Rahsia sebenar untuk dada kelihatan lebih baik adalah dengan memakai saiz coli yang betul. Pakar mengatakan bahawa kebanyakan wanita memakai coli yang tidak memberikan cukup sokongan serta menyumbang kepada ketidakselesaan. Setiap wanita perlu mendapatkan 'fitting' coli profesional sekali setahun.
Pemakaian coli semasa tidur: Meratakan bahagian dada anda?
Ini merupakan mitos yang paling popular di kalangan gadis remaja, tetapi tiada kebenaran yang tepat tentangnya. Jika mahukan dada yang rata, anda hanya perlu memakai korset yang ketat sehingga tidak membenarkan anda bernafas. Namun, pakar juga menasihatkan bahawa tidak perlu memakai coli semasa tidur jika ia memberikan ketidakselesaan pada anda.
Pemakaian coli semasa tidur: Penyebab payudara kendur?
Sebenarnya, kehamilan, penyusuan dan penuaan yang merupakan penyumbang kepada payudara kendur, bukan coli. Perbuatan memakai coli lebih dari 8 hingga 12 jam sehari akan melemahkan tisu payudara lantas mengendurkannya dan ini tidak benar sama sekali. Coli merupakan kawan kepada kaum wanita, bukan musuh. - Sumber
6 comments:
Thanxs visited me at KH,
nice post, thanks for sharing
eh eh..rahsia wanita nih, malu aku nak baca
ty for sharing kak ida... lah, rupanya mitos semata-mata. ingatkan betu. hehe
lelaki pun boleh baca kan?
errr jadi segan pulak nak comment lebih kak :$
Lelaki pun boleh baca sebagai pengetahuan.
Post a Comment