Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Pada abad ke-17, ketika Syarikat Hindia Timur menguasai hampir seluruh wilayah Nusantara, pengasingan orang-orang yang menjadi tahanan politik dan hamba dilakukan hingga nun jauh ke benua hitam, Afrika. Orang-orang buangan tersebut ditempatkan di Bo-Kaap, sebuah kawasan di Cape Town, Afrika Selatan. Dari generasi ke generasi, mereka beranak-pinak dan akhirnya membentuk perkampungan melayu dan menjadi penyebab tersebarnya agama Islam di Tanjung Harapan. Menurut data, populasi muslim di Afrika Selatan kini mencapai 1.5% dari keseluruhan 44 juta penduduk di sana.

Rumah-rumah di Bo-Kaap bercorak khas, paduan antara gaya Timur dan neoklasik. Jalan-jalannya masih buatan batu asli dari abad ke-17, ditambah cat rumah yang berwarna-warni sehingga menambah keunikan kota ini. Perkampungan yang unik itu dikenal sebagai Kampung Melayu atau The Malay Quarter. Penduduknya kebanyakan keturunan pendatang dari Kepulauan Melayu termasuklah dari Malaysia (Tanah Melayu ketika itu) dan Indonesia, yang tiba di Benua Afrika sejak 300 tahun lalu.

Sekali imbas, mereka tidak kelihatan seperti seseorang yang berketurunan Melayu. Nama panggilan mereka memang nama-nama islam khas Melayu, tetapi nama keluarganya Barat, akibat peraturan dua abad lalu yang mengharuskan mereka memiliki nama yang mudah diucapkan penjajah Belanda.Tambahan pula, mereka tidak berbahasa Melayu, tetapi Inggeris dan Afrikaans, sejenis bahasa Belanda. Hanya beberapa perkataan Melayu sahaja yang masih terselip dalam bahasa mereka.

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan




Menurut ahli-ahli sejarah, orang Kepulauan Melayu pertama yang tiba di Afrika Selatan terdiri terdiri daripada hamba-hamba atau pekerja paksa yang diangkut ke sana oleh pemerintah Hindia Belanda. Menurut data muzeum di Bo-Kaap, selama tempoh 1652 sampai 1808 tercatat sebanyak 4890 hamba yang tiba di Cape Town, di antaranya 1033 berasal dari Kepulauan Melayu.

Terdapat sebelas masjid di Bo-Kaap. Yang tertua ialah Masjid Auwal yang dibangun pada tahun 1798. Masjid ini sekaligus sebagai simbol pengakuan Islam serta kewujudan muslim di Afrika Selatan. Dari masjid ini pula ajaran madzhab Syafiiyah mulai disebarkan. Seperti halnya majoriti muslim Malaysia, di Afrika Selatan juga majoriti muslim mempraktikkan Islam sesuai madzhab imam Syafii.

Hal yang menonjol lagi adalah di tempat ini, walaupun bukan negara muslim, namun kebebasan beragama begitu tinggi. Kaum lelaki muslim majoriti mengenakan baju jubah dan menyimpan janggut. Sementara kaum wanitanya, mengenakan abaya dan ada juga yang memakai hijab atau burqa sebagai penutup wajah. Mereka dengan bebas bekerja dengan pakaian dan atribut seperti itu. - Sumber

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan


Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan

Perkampungan Melayu Di Afrika Selatan



5 comments:

suka tengok warna warninya warna rumah mereka..ceria dan meriah la ida..

9 November 2013 at 12:24 comment-delete

Alahai, cantiknya warna-warni. Meriah dan ceria semuanya. kalau di malaysia pun dapat buat macam ni, meriah kawasan perumahan! :)

9 November 2013 at 13:02 comment-delete

cantik........warna-warni sungguh.

9 November 2013 at 15:55 comment-delete

menarik kan? sangat colourful, ika pun pernah terbaca tentang perkampungan melayu ni, bangga rasanya bila at least ada juga bangsa kita kat negara lain dan menreka mengamalkan hidup cara islam which is soooo good :))

9 November 2013 at 20:22 comment-delete

Selalunya takrifan Melayu ialah beragama Islam, mengamalkan budaya masyarakat Melayu dan mestilah bertutur Melayu kan.

9 November 2013 at 21:36 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ