Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Di Saman Kerana Guna Pelekat Gambar Nik Aziz Pada Kenderaan

Di Saman Kerana Guna Pelekat Gambar Nik Aziz Pada Kenderaan



Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) disaman kerana mempunyai pelekat kereta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selain kerana meletakkan kenderaan secara tidak sah.
Insiden ini dipercayai berlaku kepada pelajar UiTM kampus Sri Iskandar, Perak.

Gambar kereta yang dikunci dan surat saman tersebar di laman sosial termasuk akaun Facebook bekas menteri besar Kelantan itu dan mengundang 23,196 tanda suka kepada posting tersebut.

Kebanyakan pengguna internet menyelar tindakan tidak demokratik UiTM itu yang menghalang pelajar mereka untuk mengekspresikan pendirian politik.

“Kat mane ye saya boleh beli sticker gambo Tok Guru yg kaler hijau putih tu? Nak beli dua tampal depan belakang.

“This is my car, I can do watever the heck dat i wanna do! (Ini kereta saya, saya boleh buat apa saya suka),” tulis Haanasz Fais di ruangan komen di akaun Facebook Nik Abdul Aziz.

“Ini menunjukkan betapa gentarnya musuh-musuh di luar sana, baru pelekat belum semuka lagi. Mau terkencing tu,” tulis seorang lagi yang bernama Nuri Gold.

Ketika The Malaysian Insider menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM kampuk induk di Shah Alam untuk mendapatkan pengesahan mengenai isu ini, pegawai yang menjawab panggilan enggan memberikan sebarang komen. - TMI


6 comments:

ishh macam-macam

20 December 2013 at 16:48 comment-delete

Aperrr laaa... dengan sticker pun dorang bleh goyang...
ermm.. kelakar pun ada... kalau dunia luar tau nie wat kena gelak jerr...

20 December 2013 at 17:53 comment-delete

Itu lah pelik sangat

20 December 2013 at 18:00 comment-delete

lorhhhh dah kenapa pulak sampai pasal sticker pun nak saman...ini mengarut...

20 December 2013 at 21:36 comment-delete

Kenapalah buat sesuatu perkara tak fikir panjang ya.

21 December 2013 at 15:17 comment-delete

Erk! Sampai macam tu pulak? Ish ish ish. Apa la.

24 December 2013 at 03:32 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ