Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Justin Bieber mahu bersara dari menyanyi?

Justin Bieber mahu bersara dari menyanyi?



Penyanyi remaja sensasi dunia, Justin Bieber telah mengejutkan dunia muzik apabila mengumumkan persaraannya dari dunia muzik ketika ditemubual dalam sebuah rancangan radio baru-baru ini.

Menurut Justin dalam temubual bersama stesen Power 106, dia mahu mengundurkan diri daripada dunia seni selepas album terbarunya "Journals" diriliskan pada minggu depan.

"Selepas album baru saya keluar, saya akan bersara. Serius!."

Pengumuman itu nyata mengejutkan penyampai radio Power 106, DJ Kurt Alexander.

Bagaimanapun, Justin turut mengakui dia masih belum memikirkan perkara itu masak-masak.

"Saya mahu berkembang sebagai artis dan perlu keluar sementara daripada bidang ini untuk membolehkan muzik saya menjadi lebih matang."

Dalam pada itu, Justin menafikan dirinya semakin sombong dan besar kepala apabila sering terpalit dengan kontroversi.

"Saya dituduh semakin angkuh, namun itu tidak benar. Saya sebenarnya sangat bertimbang rasa, tetapi biasalah, masih muda dan tak lari daripada membuat kesilapan. Apa yang penting, saya di sini hanya untuk peminat saya."

Sementara itu, satu sumber rapat dengan penyanyi kelahiran Kanada itu berkata, kenyataan itu hanya sekadar gurauan kerana Justin masih belum bersedia untuk mengundurkan diri daripada dunia muzik.


7 comments:

mcm x bleh percaya je.. hehehe

19 December 2013 at 14:48 comment-delete

la macam tu plak..fikir masak yer justin

19 December 2013 at 14:48 comment-delete

Ida pun rasa macam tak percaya...jgn2 gimik untuk album baru jer

19 December 2013 at 23:19 comment-delete

muda lagi umur dia.. takkan dah nak bersara..

19 December 2013 at 23:58 comment-delete

ha ah.. boleh jadi.. macam rosyam nor la.. kata dah nk bersara... tuptap, keluar KL gangster 2.. pastu skrg ni tgh buat filem lain plak.. gimik je semua tu.. hehehe

20 December 2013 at 02:32 comment-delete

lan rasa dia bersara nak menyanyi sebab nak concentrate lakonan laa...hahaha

Regards,
-Strider-

20 December 2013 at 16:05 comment-delete

Ada baiknya dia 'bersara'.

p/s: Saya tak minat dia. hehe.

24 December 2013 at 03:38 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ