Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ketum Difatwakan Haram Di Perlis

Ketum Difatwakan Haram Di Perlis



KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum dan produknya kerana pengunaan tumbuhan itu membawa kerosakan kepada mereka yang menggunakannya.

Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pada 30 Oktober lepas dan sudah disembah maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Jawatankuasa memandang serius masalah ketagihan ketum yang boleh mengancam masa depan ummah dan akhir-akhir ini didapati menular dalam kalangan generasi muda termasuk murid sekolah rendah, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sehubungan itu juga kata Juanda, jawatankuasa tersebut mengusulkan kepada kerajaan agar mewujudkan undang-undang dan hukuman lebih berat seperti tindakan penyalahgunaan dadah, bagi mengekang ketagihan ketum.

Ketum Difatwakan Haram Di Perlis


"Letakkan penyalahgunaan daun ketum dan produknya di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding sekarang di bawah Akta Racun 1952 yang hanya membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan/atau penjara selama empat tahun bagi mereka yang disabit memiliki, memproses atau menjual daun ketum," katanya.

Selain itu katanya, pihak polis juga menghadapi masalah untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap suspek kerana mereka yang ditahan atas kesalahan berkaitan daun ketum tidak boleh direman, sebaliknya dibebaskan sementara menunggu didakwa.

Diharapkan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis ini akan memantapkan lagi tugas pihak berkuasa dalam mengawal penyalahgunaan daun ketum yang pada satu ketika dulu pernah dijadikan ubat tradisional, katanya.
Ketum Difatwakan Haram Di Perlis


Juanda juga menegaskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis itu dibuat selepas mendengar penjelasan pihak polis dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung penggunaan daun ketum.

Ketagihan daun ketum ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan individu terbabit tetapi juga menyebabkan seseorang itu agresif dan cepat marah, kata Juanda lagi. - Bernama


4 comments:

wah...dah ade dual comment sekarang..stylo..stylo..hehehe..maybe nanti boleh buat tutorial plak..hehe..as for the entry sy rasa sepatutnya fatwa harus diseragamkan di seluruh negara..meaning kalau kat perlis haram, kat negeri lain pun patut haram...

Regards,
-Strider-

16 December 2013 at 23:16 comment-delete

seeloknya diharamkan di seluruh malaysia..

17 December 2013 at 01:04 comment-delete

stuju dgn azlan.. habis tu, negeri lain macam mana? x kan halal..?

17 December 2013 at 01:42 comment-delete

Nampaknya Perlis masih panas dengan isu daun ketum ni.

17 December 2013 at 10:46 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ