Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Jururawat Dikurang Dan Dirogol Romeo Siber

Jururawat Dikurang Dan Dirogol Romeo Siber
Gambar hiasan


Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi 'tawanan' seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19.

Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.

Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.

Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.

Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama. - Metro


5 comments:

teruknya...

16 January 2014 at 13:33 comment-delete

subhanallah..kejamnya..berhati-hati wahai kaum hawa..

16 January 2014 at 15:04 comment-delete

Macam-macam kes sekarang ni.

16 January 2014 at 16:39 comment-delete

macam haiwan dah jantan nie..hopefully perempuan diluar sana akan lebih berhati hati..

Regards,
-Strider-

16 January 2014 at 17:45 comment-delete

Ya Allah, macam2 yang berlaku sekarang.... perempuan semua kena extra berhati2...

17 January 2014 at 12:30 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ