Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Sifat Kaum Lelaki VS Sifat Kaum Wanita

Sifat Kaum Lelaki VS Sifat Kaum Wanita


Lelaki: Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.

Wanita: Mudah menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang lain lebih-lebih lagi dengan orang yang dicintainya.

Lelaki: Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.

Wanita: Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

Lelaki: Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku di depan mata.




Wanita: Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.

Lelaki: Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dalam keadaan tertekan.

Wanita: Suka bercerita kepada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dengan harapan mendapat simpati.

Lelaki: Mempunyai emosi seperti getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap sahaja.

Wanita: Mempunyai emosi seperti omabk iaitu suatu perasaan yang lambat reda.

Lelaki: Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa.

Wanita: Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

Lelaki: Bersikap pemurah dan boros

Wanita: Bersifat kedekut atau berjimat.

Lelaki: Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.

Wanita: Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

Lelaki: Tidak fokus kepada sesuatu perkara.

Wanita: Fokus kepada sesuatu perkara.

Lelaki: Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.

Wanita: Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.

Lelaki: Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat.

Wanita: Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

Lelaki: Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.

Wanita: Mendengar dengan teliti sebelum membuat suatu keputusan.

Lelaki: Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.

Wanita: Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan.

Lelaki: Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.

Wanita: Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

Lelaki: Tidak suka bercakap dengan pasangannya.

Wanita: Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya.

Lelaki: Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.

Wanita: Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

Lelaki: Agak keberatan meminta maaf.

Wanita: Lebih mudah meminta maaf.

Lelaki: Suka MEMBUAT keputusan.

Wanita: Suka MENGIKUT KEPUTUSAN.


1 comments:

terbaik

18 January 2014 at 15:30 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ