Betulkah Bra Boleh Mengubah Saiz Dan Bentuk Payudara Anda??

Pemilihan saiz Bra yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payu dara sekiranya terus dibiarkan.

Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan. Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara mulai matang.

Betulkah Bra Boleh Mengubah Saiz Dan Bentuk Payudara Anda



Memiliki payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik.

PAKAI BRA YANG SESUAI

Golongan wanita perlu memakai Bra yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik.

Cara memilih Bra juga perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang anda perlukan.

Contoh : jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payu dara 72 sm menjadikan beza 12 sm. Bra ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula 12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm bermakna anda perlukan Bra B cup.

Pemakaian Bra yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa Bra penyebab kanser payu dara.

Apa pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai Bra yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi menampakkan bentuk yang menawan.

Memakai Bra yang salah bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang lebih memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai Bra yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.

TIPS PEMILIHAN BRA

* Pastikan tali Bra di belakang tidak terangkat. Sekiranya terangkat, ia bermaksud Bra tersebut terlalu besar untuk anda.

* Tali Bra tidak terjatuh di bahu. Penyelarasan tali tersebut diperlukan atau gunakan tali yang lebih lebar.

* Pastikan payu dara tidak terjojol keluar dari mangkuk coli.

* Pastikan Bra yang digunakan selesa dan tidak terlalu ketat.


CARA MEMAKAI BRA YANG BETUL

# Letakkan tali Bra ke kedua-dua bahu.

# Tundukkan badan dan baiki kedudukan payu dara sehingga memenuhi mangkuk coli.

# Pastikan tali Bra di belakang dicangkuk kemas.

# Berdiri lurus dan selaraskan tali Bra supaya berada di kedudukan yang betul.

# Pastikan Bra berada di kedudukan selesa dan tidak terangkat serta tidak terlalu ketat.


1 comments:

good sharing..

4 June 2014 at 12:11 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ