Tips Elak Sakit Kepala Ketika Diet




Untuk menguruskan badan atau mendapatkan bentuk badan menarik kadang-kala anda sanggup tidak makan seharian sehinggakan kesihatan anda terjejas dan perkara yang selalu terjadi adalah anda diserang sakit kepala secara tiba-tiba.

Oleh itu, untuk mengelak daripada diserang sakit kepala secara tiba-tiba, anda harus pastikan diet anda bersesuaian.

Jadi cuba ikut panduan yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup yang perlu anda amalkan setiap hari.

• Jangan biarkan perut anda kosong dalam jangka waktu yang panjang. Ini boleh menyebabkan gula dalam darah menjadi rendah

• Kurangkan makanan yang di awet, sebaliknya amalkan pengambilan makanan segar dan ulam-ulaman.

• Hindari makanan atau bahan bercuka seperti mustard, mayonis dan sos

• Buah-buahan seperti pisang, betik dan buah-buahan lain penting dalam diet seharian kita.

• Kurangkan pengambilan makan yang mengadungi pemanis buatan seperti 'aspartame' yang sering terdapat di dalam minuman kesihatan dan gula-gula. Oleh itu, berwaspadalah dengan label 'diet food' dan 'light diet'. - Tupai.com.my


1 comments:

kena slalu amalkan ni..kasi kempis skit perut..

5 June 2014 at 10:24 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ