Wanita Dakwa Nampak MH370 Terbakar Di Lautan Hindi

Wanita Dakwa Nampak MH370 Terbakar Di Lautan Hindi


Sudah tiga bulan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 lenyap tanpa diketahui khabar berita.

Pelbagai versi cerita didengar termasuk melibatkan banyak saksi namun sampai ke hari ini tidak ada bukti sahih dapat mengesahkan kebenaran setiap satunya.

Terbaru, seorang wanita British mendakwa terlihat pesawat terbabit pada pagi ia dilaporkan hilang.

Katherine Tee, 41, (gambar) memberitahu media Phuket Gazette bahawa dia ada ternampak pesawat terbabit dalam keadaan terbakar ketika belayar di Lautan Hindi dari India ke Phuket bersama suaminya, Marc Horn, 50.

Wanita Dakwa Nampak MH370 Terbakar Di Lautan Hindi


Bagaimanapun dia hanya tampil dengan cerita ini sekarang kerana bimbang jika tidak dipercayai sebelumnya. Suaminya dikatakan tidak melihat kejadian tersebut dan dia juga tidak memaklumkan kepadanya.

Hal ini kerana Katherine sendiri menyangka dirinya sudah gila ketika mula-mula melihat insiden itu depan mata.

Maklumat daripada Katherine kini sudah disalurkan kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), organisasi yang terlibat dalam usaha mencari pesawat MH370.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang 8 Mac lalu selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China. - MYNEWSHUB.MY


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ