Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Siapakah Zarinah Abdul Majid Gadis Islam Yang Berkahwin Dengan Lelaki Beragama Hindu?

Siapakah Zarinah Abdul Majid Iaitu Gadis Islam Yang Berkahwin Dengan Lelaki Beragama Hindu




Majlis tidak kesampaian

Setiap wanita mengidamkan rumah tangga yang bahagia, tiada yang lebih bermakna melainkan satu ikatan suci dilangsungkan tanda kasih melayari bahtera hidup suami isteri.

Begitulah hati kecil Zarinah tersenyum pada majlis perkahwinannya namun suasana damai dan harapan membina istana kasih pada hari itu berkecai dan disentak kerana namanya Zarinah binti Abdul Majid menjadi sasaran siasatan penguatkuasa JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor).

Ada apa pada nama?

Nama Zarinah berada pada tempat yang salah dan pada masa yang salah di sisi JAIS kerana Zarinah yang namanya Islam tetapi melangsungkan perkahwinan secara agama dan adat Hindu dengan suaminya seorang penganut Hindu.

Siapa Zarinah binti Abdul Majid?

Zarinah Abdul Majid di ‘binti’kan kepada bapanya Abdul Majid. Nama asal bapanya S Mahendran yang berkahwin pada tahun 1980 dengan ibu Zarinah bernama S Vasandamma.

Kemudian bapanya memeluk Islam dengan memakai nama Abdul Majid sedangkan ibunya kekal pada agama asal, namun pada tahun 1990, Abdul Majid menghilangkan diri meninggalkan keluarganya tetapi sempat menukar status anak-anaknya termasuk Zarinah dalam kad pengenalan mereka.

Setelah ditinggalkan bapanya, Zarinah membesar dengan nama Islam namun kekal mengamalkan agama Hindu bersama ibunya. Mereka tidak menyangka ia akan menjadi masalah besar pada satu hari yang diidamkan oleh setiap wanita, iaitu hari perkahwinan Zarinah.

Siapakah yang patut disalahkan dalam kes ini. Adakah JAIS, Zarinah atau bapanya? Atau undang-undang?

Siapakah Zarinah Abdul Majid Iaitu Gadis Islam Yang Berkahwin Dengan Lelaki Beragama Hindu


Dan dalam semua ini, bagaimana pula Islam dikaitkan?

Islam bukan yang disangkakan

Kes Zarinah perlu diberi keadilan dan perkara pertama yang perlu diperjelaskan ialah keislaman bapanya. Sebagaimana saya bergembira seseorang memilih Islam, saya juga bersedih kerana Islam agama saya diburukkan persepsinya oleh penganutnya sendiri.

Islam tidak mengizinkan sama sekali kezaliman berlaku apatah lagi kepada anak dan isterinya. Walaupun anak-anak bawah umur perlu berada pada agama ibu atau ayahnya yang beragama Islam namun ia mesti dilakukan dengan penuh rahmat dan kasih sayang sehingga tidak menafikan hak dan kasih sayang ibu atau ayahnya yang belum memeluk Islam.

Begitu juga jika salah seorang pasangan memeluk Islam maka perkahwinannya dibatalkan jika salah seorang tetap kekal pada agama asalnya dan hendaklah dipisahkan.

Itu hukumnya namun perlaksanaannya tidak mewajarkan ketidakadilan dari sudut kasih sayang anak, ibu dan hak isteri atau suami yang dipisahkan. Lebih utama ialah hak ibu atau bapanya yang masuk Islam mestilah mendidik anaknya dengan cara Islam yang betul tanpa menafikan kasih pada mana-mana ibu atau bapanya yang bukan Islam.

Menukarkan status anaknya kepada Islam dalam kad pengenalan kemudian meninggalkan mereka tanpa didikan yang sempurna adalah perbuatan yang tidak wajar dan ia bukanlah daripada ajaran Islam.

Di mana anda Abdul Majid?

Dalam kes Abdul Majid kita tiada maklumat bagaimana dia melakukannya tetapi yang pasti ia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah diajar oleh Islam, iaitu membiarkan keluarganya tanpa pembelaan malah dengan mewariskan masalah besar kepada anaknya.

Jelasnya, Zarinah mendakwa bapanya terus menghilang dan masalahnya juga ialah pendaftaran perkahwinannya tidak dapat dilakukan dengan cara sivil kerana Zarinah seorang Muslimah secara rasmi tetapi seorang Hindu dari segi amalannya.


Sumber


2 comments:

Kasihannya...

anak tersepit. bapak tak bertanggungjawab.kesian lahai...

8 July 2014 at 13:06 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ