Apabila Rozita Che Wan Buat ‘Love Bite’ – Zain Saidin




Nampaknya, pasangan bahagia ini tak pernah rasa fed up pun dengan kecaman orang ramai mengenai foto-foto yang dimuat naik di laman Instagram mereka.


Tapi, sebenarnya bukan lah love bite atau dalam bahasa melayunya ‘gigitan cinta’ yang 18sx itu ya. Ia hanyalah merupakan bekas rawatan bekam yang mungkin dilakukan sendiri oleh Rozita Che Wan terhadap suami kesayangannya itu.

Beruntunglah Zain kan. Walaupun kini sedang sarat mengandung anak pertamanya dengan Zain, Che Ta masih rajin nak buat bekam untuk suaminya itu.

Malah, apa yang lebih mencuit hati apabila membaca komen-komen peminat Zain yang entah bagaimana memberi fokus kepada longgokan bag berjenama atas almari. Aih la.. memang power betul mata masing-masing!

Kami pun tak perasan pada mulanya. Tapi, biasalah kan. Orang ada banyak duit, sudah tentu akan melabur untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.

Apapun, seronok sebenarnya lihat kasih sayang erat yang terjalin antara Che Ta dengan Zain ini. Barulah forever and ever in love kan?




2 comments:

mcm2..:)

14 August 2014 at 09:22 comment-delete

Moga till jannah..

16 August 2014 at 16:55 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ