Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Malaysia Negara Perdagangan Ke-11 Terbesar Bagi ISRAEL

Malaysia Negara Perdagangan Ke-11 Terbesar Bagi ISRAEL



Malaysia memang diketahui sebagai negara yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Tetapi dari segi hubungan perdagangan, Malaysia adalah antara 'rakan dagang' terbesar bagi Israel.

Pada tahun 2013 yang lalu, Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, dengan nilai eksport hampir AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion), seperti laporan Biro Statistik Pusat Israel. Bayangkan jika angka ini diterjemahkan dalam bentuk kerugian akibat kempen boikot produk Israel yang kini berlangsung di Malaysia, betapa parahnya kesan ekonomi terhadap Israel. Itu baru di Malaysia, bagaimana jika seluruh dunia memboikot produk-produk Israel?

Tetapi, tidak mudah untuk mengelakkan perdagangan dengan Israel, terutama dalam dunia hari ini, memandangkan semua negara saling berkait antara satu sama lain.

Malaysia memang tidak ada hubungan langsung dengan Israel, tetapi syarikat multinasional yang beroperasi di sini mungkin ada, contohnya syarikat barangan elektronik yang membuat pemasangan di sini. Kita tidak ada kuasa untuk halang mereka berhubung dengan Israel.

Rangkaian perdagangan global juga semakin rumit kerana syarikat dari Israel, yang menyedari kedudukan negara itu tidak diiktiraf banyak negara lain, sudah lama ‘mempelajari’ cara untuk menembusi pasaran luar termasuk negara yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan mereka.

Menurut laporan akhbar Israel, Haaretz pada 2012, realitinya, banyak syarikat negara itu yang mula mencari pasaran dunia ketiga, termasuk negara yang tidak mesra Zionis selepas dunia Barat berdepan pelbagai krisis ekonomi.

Malaysia Negara Perdagangan Ke-11 Terbesar Bagi ISRAEL



Negara-negara ini dikatakan mempunyai ramai peminat terhadap teknologi dan produk Israel tetapi disebabkan sensitiviti politik, pelekat ‘Buatan Israel’ perlu dibuang dan dokumen penghantaran perlu dikeluarkan dari negara ketiga, sama ada Turki atau Eropah.

Walaupun sukar untuk Malaysia memutuskan 100 peratus hubungan dengan setiap syarikat yang ada kaitan perdagangan bersama Israel, namun umat Islam masih boleh memboikot syarikat Israel.



sumber: sinarharian





0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ