Abby Abadi Sudah Temui Pengganti Farhan?




Baru sahaja memulakan hidup solo beberapa bulan yang lalu, bekas isteri kepada Muhammad Noor Farhan iaitu Abby Abadi khabarnya sudah menemui pengganti baru. Khabar angin mula bertiup apabila Abby memuatkan gambar jejaka tersebut di laman Instagramnya baru-baru ini dan disertakan sekali ucapan hari jadi khas buat insan yang bernama Khairul Azli.

Dipetik dari Ohbulan!, identiti sebenar lelaki tersebut masih belum dapat dipastikan lagi namun dikatakan beliau merupakan seorang ustaz.






Mengimbas kembali foto-foto terdahulu Abby di laman sosialnya itu, turut ditemui sekeping gambar yang memaparkan jelas rupa jejaka tersebut yang sedang melakukan aktiviti bersama anak-anak Abby.

Mungkin Azli merupakan pengganti baru kepada bekas suaminya Farhan? Sejauh mana hubungan mereka masih tidak dapat dipastikan dan kemungkinan besar sedang mengenali hati budi masing-masing.

Turut menguatkan lagi khabar angin terbabit, rakan rapat Abby yang juga bekas anggota kumpulan Elite iaitu Azza turut memberi 'hint' kepada Azli yang berbunyi "jangan lambat nanti menyesal". Jangan lambat masuk meminang Abby barangkali?

Walau bagaimanapun, semoga Abby dikurniakan jodoh yang baik buat dirinya serta anak-anaknya dan kekal sehingga ke syurga.


1 comments:

sng nye klo pemes nk dpt pengganti hehe

6 September 2014 at 10:24 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ