Langit Israel Diberi Petanda Aneh?




SATU fenomena aneh telah berlaku di langit Israel, kejadian luar biasa dan jarang-jarang terjadi ini berlaku pada hari sabtu di selatan Israel berhampiran bandar Netivot.

Di langit tiba-tiba kelihatan gelap dengan kepulan awan hitam yang bergerak kesana kemari, seolah-olah bergerak mengikut irama. Kejadian ini telah menyebabkan berbondong-bondong orang ramai memerhatikan apa yang sebenarnya telah berlaku dilangit bandar Netivot, selatan Israel ini.

Inilah fenomena aneh dan ganjil yang dipanggil ‘Murmuration’. Gerakan seperti kepulan awan hitam di langit ini sebenarnya adalah kumpulan jutaan ‘Burung Starlings’.

Sebenarnya sudah lebih 20 tahun kelibat ‘Burung Starlings’ tidak pernah kelihatan lagi di langit Israel, buat pertama kalinya burung ini dilaporkan berlegar-legar di atas ‘Laut Galilee’. (Laut Galile dipercayai tempat keluarnya Dajjal laknatullah, kejadian ini akan berlaku bila mana air laut ini menjadi kering), menurut pakar-pakar di sana mengapa fenomena ini berlaku sukar untuk di terangkan.

Puluhan jutaan burung ini di percayai datang dari Rusia dan Eropah Timur.-alamcyber



Jom saksikan videonya di bawah





Orang yang mengkaji tentang keduniaan memang tiada hairan dengan fenomena ini, sama seperti dengan orang putih yang mengkaji matahari timbul di sebelah barat. Bagi mereka itu adalah fenomena alam. Kawanan burung Starling atau migratory birds yang biasa dan Israel memang destinasi tahunan mereka untuk mengelirukan burung pemangsa seperti helang, falcon dsbnya..Tetapi bagi kita umat islam yang mempercayai kebesaran Allah, ini  adalah satu perkara yang amat besar dan luar biasa...sama seperti burung Ababil yang hanya kelihatan di langit tapi di sebalik kuasa Allah binatang yang kecil ini mampu membawa batu-batu yang panas dan menghancurkan pakusan tentera bergajah. Jadi jangan lah pandang remeh di sebalik kejadian yang berlaku walaupun ianya hanya burung yang berterbangan..jangan mudah berkata-kata sesungguhnya kita dalam kelalaian.


2 comments:

btl tu.ish sgt cntk..berirama bagaikn sdg menari..btl2 bersepakat lah..tp agk menakutkn pn ye.menakjubkan pn ye. arghh semua lah

6 September 2014 at 12:06 comment-delete

Assalamualaikum....

Ia signal dari Allah SWT untuk umat manusia kembali bersepakat, bersatu dalam kehidupan di akhir zaman ini....

7 September 2014 at 18:22 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ