Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



ANGGOTA POLIS MAUT DISERET KERETA - BUKTI NO PLET MENYUMBANG KEMALANGAN





Pada 13/11/2014 satu kemalangan jalanraya telah berlaku di KM 74 Jalan Yong Peng-Kluang yang melibatkan seorang anggota polis Balai Polis Kluang Baru iaitu Konst.183643 Muhammad Azri B. Ahmad yang menunggang sebuah motorsikal jenis skuter WQV 2585 telah dilanggar lari oleh kenderaan yang no plet tidak dikenalpasti. Mangsa berumur 24thn telah mengalami cedera parah dikepala dan telah meninggal dunia ditempat kejadian.

Kemalangan ini berlaku semasa anggota polis tersebut bersama seorang rakannya L/Kpl 182436 Mohd Izat B. Zakaria dalam tugas ronda cegah jenayah (RCJ). Ketika itu mangsa menunggang mengekori rakannya dari belakang menghala ke lampu isyarat Jalan Mersing. Tiba ditempat kejadian sebuah motokar dipercayai yang berada dibelakang mangsa dari arah yang sama cuba untuk memotong motosikal yang ditunggang oleh mangsa tetapi telah bergesel menyebabkan mangsa terjatuh dan terus diseret oleh motokar tersebut di atas jalanraya.

Hasil siasatan awal, mendapati punca kemalangan adalah dari kecuaian pemandu motokar no pendaftaran yang tidak dapat dikenalpasti kerana no plet yang tidak jelas serta memandu secara merbahaya sehingga berlaku kemalangan maut.

Kes ini disiasat dibawah Sek.41 ( 1 ) APJ 1987..







Nota: Jika mangsa adalah anak anda, adik beradik, saudara mara atau kenalan anda, apa perasaan anda jika pihak polis tidak dapat mengesan suspek? Sia-sia mati katak dan tidak dapat membawa pesalah kemuka pengadilan hanya kerana saksi tidak dapat mengecam no plet kerana seluruh rakyat Malaysia melindunginya iaitu suka menggunakan no plet fancy. Siapa yang harus anda persalahkan? Polis? JPJ? Atau diri anda sendiri yang menentang perlaksanaan undang-undang yang kononnya sudah lapuk?

Di atas, sekadar memaparkan satu kes terbaru yang melibatkan no plet fancy atau yang tidak mengikut spesifikasi tetapi masih banyak lagi kes-kes seumpama ini yang terpaksa di kiv kerana suspek tidak dapat dikesan.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ