Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Cium Kentut Dapat Gaji USD 50000 Setahun!!!




Mungkin anda akan hairan jika mengetahui tentang profesion ini tapi memang ini benar adanya. Di Negara China dibuka jawatan untuk pencium kentut profesional kerana para ahli di China meyakini bau kentut juga boleh untuk mengesan penyakit.

Para ahli dalam bidang bau ini mendakwa bahawa mereka dapat mengetahui tentang keadaan kesihatan seseorang dengan cara mengukur jumlah gas yang dikeluarkan melalui kentut.

Dan maka dari itu, di Negeri Tirai Bambu ini para ahli ingin mencari orang yang sanggup membau kentut dan mendiagnosis keadaan kesihatan pesakit berdasarkan baunya. Seperti yang dikutip Shanghai List, upah yang diberikan jika sanggup menjalani profesion ini iaitu US$ 50,000 setahun.

Namun ada syaratnya juga, iaitu harus berusia 18-45 tahun dan dilarang keras untuk merokok dan juga minum-minuman beralkohol. Dan pemohon juga dikehendaki tidak boleh mempunyai penyakit atau gangguan pada hidungnya atau juga penyakit lain yang berkaitan.

Jika syarat ini sudah dipenuhi semua maka pemohon akan menjalani beberapa siri ujian pengenalan bau dan latihan yang panjang. Sesudah itu, pemohon mendapat sebuah sijil pencium kentut profesional dan diharuskan mencium kentut orang setiap hari. Adakah anda berminat?




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ