SEKS MENGUNDANG MAUT!!!




BOMOH JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN ISTERI ORANG MATI DIBUNUH!!!

Seorang bekas kapten kapal dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang bomoh yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya dengan menembak mati mangsa, awal tahun lepas.


Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memerintahkan tertuduh, Shahrunizam Salleh, 44, dari Bandar Kinrara, Puchong, Petaling Jaya, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 8 Januari tahun lepas.


Shahrunizam didakwa menyebabkan kematian Asli Hamid, 44, di tepi Jalan Pekaka 8/70A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 4 Jan tahun lepas.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda.


Tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Shahrunizam bagaimanapun mengaku bersalah selepas pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.


Mengikut fakta kes, tertuduh dan isterinya mengenali mangsa yang dikenali sebagai Ustaz Lee atau Atok.


Mangsa pada mulanya mengubati bapa tertuduh di Kedah dan selepas itu, tertuduh serta mangsa mempunyai hubungan yang baik dan tertuduh banyak membantu mangsa dari segi kewangan kerana lelaki itu (mangsa) tidak mempunyai pekerjaan tetap.


Mangsa seterusnya menjalin hubungan intim dengan isteri tertuduh hingga melibatkan hubungan seks.


Isteri tertuduh kemudian memberitahu suaminya mengenai perkara itu menyebabkan tertuduh telah mengarahkan isterinya menghubungi mangsa dan mereka bersama-sama pergi ke tempat kejadian berjumpa dengan mangsa.


Apabila mangsa tiba di tempat kejadian dengan menunggang motosikal, tertuduh yang berada di bahagian tempat duduk belakang kereta telah menembak mangsa.


Keterangan forensik seterusnya menyatakan mangsa mempunyai tiga kesan luka tembakan iaitu satu tembakan di dada sebelah kiri menembusi belakang, satu kesan di sebelah rusuk kiri hingga menembusi belakang dan satu kesan tembakan di tangan kanan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Haniff Hashim.- Bernama




0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ