Ayam Panggang Bakar Berempah

Ayam Panggang Bakar Berempah
Ayam Panggang Bakar Berempah



Ayam panggang  bakar berempah

Bahan-bahan

Ayam dipotong,  dibersihkan, toskan kemudian lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit 

Bahan2 perapan

4 bawang merah
4 bawang putih
1/2 inci  halia
5 tangkai cili kering 
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar serbuk rempah / kari ayam 
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu 
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
4 sudu besar kicap pekat manis
4 sudu besar sos cili (kalau nak pekat tambah lagi lepas blend)
sedikit air supaya boleh blend semua bahan-bahan ni


Cara-cara

1). Masukkan semua bahan perapan di dalam mesin pengisar (blender) dan kisar sehingga 80% halus… jangan terlalu halus.

2). Masukkan bahan perapan yang diblend dalam ayam yang telah digaram kunyitkan tadi.  Perap selama yang boleh di dalam peti ais. Lagi lama lagi sedap.. 

3). Selesai perap susun dalam pemanggang ajaib bersama kuahnyer (lebihan perapan) dan panggang sehingga 15 minit dengan api yang perlahan.

4). Buka pemanggang dan keluarkan kuah yang dah mendidih tu supaya ayam cepat kering. Kuah tu bolih buat kuah ayam panggang nanti. Tutup semula dan tunggu selama 5 minit lagi.

5). Balik-balikkan ayam sehingga kering dan nampak sedikit hitam dan masak. Tadaaa ayam panggang telah siap sedia dihidangkan.

6). Bagi yang tiada pemanggang ajaib, anda pangganglah macm biasa.  Manakala lebihan perapan tu masukkan dalam  kuali atau periuk, masak sehingga mendidih. 



Kredit resepi lukisanduniaku.wordpress.com

Kredit gambar linapg.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ