Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Tunku Idris Boleh Di Siasat Jika Menghasut – Aziz Bari





Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata, polis perlu menyiasat jika putera raja Johor bertindak menghasut melalui kenyataan berhubung hak Johor keluar daripada Malaysia.

Abdul Aziz berkata, Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim tidak menikmati kekebalan undang-undang seperti sembilan orang Raja-Raja Melayu.

“Dalam apa jua KES, Peguam Negara dan pasukan polis perlu membuat pendirian sama ada putera raja tersebut melanggar undang-undang, khususnya Akta Hasutan 1948.

“Jabatan ini bertanggungjawab untuk menguatkuasa undang-undang dengan adil ke atas semua rakyat; putera raja Johor tidak kebal daripada undang-undang.

“Hanya sembilan orang raja-raja Melayu yang menikmati keistimewaan ini, tertakluk kepada peruntukan mahkamah khas untuk raja-raja,” kata Abdul Aziz dalam kenyataannya.

Katanya, tindakan itu perlu dilakukan dengan pantas, seperti operasi ke atas aktivis Sabah dan Sarawak yang didakwa menghasut untuk membawa negeri itu keluar dari persekutuan Malaysia.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, Tunku Idris juga sepatutnya mengehadkan ulasan dalam ruang lintup Perlembagaan Persekutuan.



Ini kerana, ulasan Tunku Idris di Instagram dilihat mengandungi fakta sejarah tidak tepat apabila menyebut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibuat pada 1946, sedangkan ia dimeterai pada 1948.

Tambahan pula, status tersebut menyatakan bahawa sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia – yang hanya wujud 17 tahun kemudian pada 1963.

“Undang-undang asas pada masa ini ialah Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah undang-undang yang menentukan hubungan dan hak di antara negeri dan kerajaan pusat.

“Putra Johor mungkin ada hujah tetapi dia perlu tumpukan dalam konteks dan skema Perlembagaan Persekutuan.

“Sesuatu perjanjian pada masa lalu sudah kehilangan keabsahan dan kuasa, apabila ada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang paling agung di tanah ini,” tegasnya.



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ