Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



BURUNG PUYUH GORENG MADU


Puyuh Goreng Madu
Burung Puyuh Goreng Madu




Bahan-bahannya

5 ekor burung puyuh dipotong 4
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam
Kunyit serbuk
10 tangkai cili padi di blander
1 Biji bawang besar di potong 8 - 12
8-10 batang kacang panjang - dipotong ikut suka
2 biji bawang kecil - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 sudu besar gula 
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuatnya.

1). Lumurkan burung puyuh bersama sebuk kunyit, garam, madu dan sos tiram. Kemudian goreng hingga masak dan garing. Angkat dan toskan.

2). Panaskan minyak. Tumiskan bawang kecil dan bawang putih yang telah dihiris halus. Bila dah perang dan berbau harum masukkan cili padi yang telah diblender tadi. Tumiskan sehingga masak.

3). Masukkan sedikit garam dan gula. 

4). Kemudian masukkan kacang panjang serta bawang besar. Goreng sehingga sedikit layu.

4). Kecilkan api, masukkan burung puyuh yang telah digoreng tadi, gaul hingga sebati. Tadaaa... burung puyuh siap dihidang. 




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ