Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar Terkini Kapal MT Orkim Harmony Setelah Diubah Nama


Gambar Terkini Kapal MT Orkim Harmony Setelah Diubah Nama




Putrajaya: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan muatan minyak Petrol RON95 bernilai RM21 juta yang di bawa Kapal MT Orkim Harmony masih tidak terusik.

Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (Operasi) Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, pemilik kapal turut mengesahkan perkara sama selepas melihat kedudukan kapal dengan paras muatan ketika belayar.



Tiga Pesawat Dihantar Untuk Jejaki Perampas

Sebuah pesawat P-3C Orion, C130 dan pesawat Beechcraft kini sedang menjejaki perampas yang melarikan diri daripada kapal tangki MT Orkim Harmony, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata TLDM turut menghantar tiga kapal dan dua helikopter untuk menyertai operasi pencarian.

Abdul Aziz yang mengemaskinikan operasi berkenaan melalui akaun Twitter beliau berkata lapan perampas melarikan diri daripada kapal tangki berkenaan pada kira-kira 8.30 malam tadi, menggunakan bot penyelamat.

Kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony telah dibebaskan pada kira-kira 2.30 hari ini. Kesemua anak kapal selamat kecuali seorang tukang masak warga Indonesia yang cedera akibat ditembak di paha oleh penjenayah berkenaan.

Kapal tangki berkenaan kini meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Kuantan diiringi oleh KD Handalan dan dijangka tiba pada pukul 2 pagi esok.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.






0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ