Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Awas!!! Suspek Ini Menyamar Sebagai Penjawat Awam

Suspek Ini Menyamar Sebagai Penjawat Awam



Mengesan Suspek

KEJADIAN MELARIKAN ORANG DENGAN MENYAMAR
PENJAWAT AWAM

Pada 02/02/2013 jam l/kurang 1920hrs satu kejadian melarikan orang iaitu mangsa seorang lelaki bangsa India telah berlaku di kawasan letak kereta di sebuah hotel di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Kes ini disiasat di bawah seksyen 365, 397/397, 170 Kanun Keseksaan. Dalam kejadian ini, mangsa merupakan seorang pengusaha kelab malam di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Setelah selesai minum bersama kawan-kawannya di ‘coffee house’ sebuah hotel berhampiran mangsa terus menuju ke kenderaannya yang diletakkan di belakang hotel berkenaan. Mangsa kali terakhir dilihat singgah di sebuah kedai runcit berhampiran sebelum masuk semula ke dalam kenderaannya pada masa tersebut beberapa orang lelaki telah menangkap dan melarikannya.

Ketika melalui jalan belakang sebuah hotel, mangsa telah cuba melarikan diri namun (4) iaitu suspek telah berjaya menangkapnya semula. Kejadian ini disaksikan oleh rakan mangsa yang kemudiannya membuat laporan polis. Suspek (4) lelaki menaiki sebuah motokar jenis Naza Citra menggunakan nombor Pendaftaran palsu juga turut melarikan m/kar mangsa jenis BMW berwarna putih yang dijumpai terbakar (7) jam kemudian di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Bharu, Selangor. Sehubungan kejadian ini pihak polis sedang mengesan (2) individu (gambar) untuk membantu dalam siasatan kes ini.

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.


5 comments:

mcm2 cara org nak buat jhat skarang nie..huhu

5 December 2013 at 16:38 comment-delete

owh wow..susahnya nak cam muka org2 yg menyamar ni...berwaspada selalu.. thnks Ida.

PCL
5 December 2013 at 16:46 comment-delete

Bahaya ni. Kena berhati-hati.

6 December 2013 at 08:56 comment-delete

takut dah nak berada di tempat2 awam sekarang ni, macam2 boleh jadi hmm
mana2 tempat pun belum pasti terjamin keselamatan...

6 December 2013 at 20:58 comment-delete

Sentiasa waspada dan berhati-hati. Banyak bahaya di sekeliling kita sekarang.

6 December 2013 at 21:12 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ