Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul

Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul
Gambar Hiasan


Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita itu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Saidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyembahyang kan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar R.A. mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuh nya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata. Katanya, "Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan.” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluan nya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?
Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je.

Caranya -

Kaum lelaki:
♦ Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar.
♦ Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
♦ Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

Kaum wanita pula:
♦ Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing- pusingkan semasa dilalu kan air bersih. 
♦ Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersih kan bahagian dalam kemaluan wanita yang itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau yang tak betul tu jom sama sama
betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Dijanjikan neraka untuk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.

Rasulullah bersabda :
"Barang siapa yang menyampaikan satu (1) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala" moga semua memperolehnya. Amiin. - Sumber fb


6 comments:

tq sharing ida.. sbab benda mcm ni melibatkan ibadah.. :) kalau x dicuci dgn betul.

5 December 2013 at 22:48 comment-delete

Tq for sharing ida :D

6 December 2013 at 01:44 comment-delete

bagus perkongsiannya :)

6 December 2013 at 09:15 comment-delete

hehe...

Anonymous
6 December 2013 at 15:50 comment-delete

perkongsian yang bermanfaat,
sangat berguna untuk kita umat Islam tahu cara menyucikan diri dengan betul :)

6 December 2013 at 20:40 comment-delete

Semua ni asas bersuci yang patut diikuti. Sebabnya, untuk memastikan kita sentiasa bersih dan selesa menunaikan ibadat.

6 December 2013 at 21:06 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ