Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Masih Pening Selepas Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat teman-teman yang di rahmati Allah swt.

Ida sebenarnya masih pening selepas Majlis Perkahwinan semalam... ermmm bukan majlis Ida laaa... tapi majlis perkahwinan abang sepupu Ida di Batu Pahat, Johor. Majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan telah di adakan pada 2 & 3 November 2013 yang lalu di Kuala Selangor. Dan semalam 30hb November baru di rumah abang sepupu Ida. Majlis terima menantu di sebelah pengantin lelaki  di buat agak lewat kerana abang sepupu Ida ni seorang tentera udara yang sedang berkursus. Ida dan keluarga bertolak ke Batu Pahat pada hari Jumaat. Dan Ida terpaksa menyepi dalam dunia blogger blog selama dua hari.


Ida masih di rumah JB ketika siap-siap nak ke Batu Pahat





Ketika bosan di dalam kereta


Sebaik saja sampai Mak Ngah Ida sedang memasak Rendang Tok
Mak Ngah di import khas dari Ipoh


Persiapan pada sebelah malam

Cuaca waktu pagi yang cerah pada 30hb November


Ayah & Emak Pengantin Lelaki

Tiga beradik - emak Ida belakang, Acik baju hijau (Emak Pengantin lelaki)
& Mak Ngah

Bertemakan Hijau & Putih









Ida bersama emak Fitri AF2
Emak Fitri ni sepupu emak Ida


Lalu apa kena mengena dengan tajuk "Masih Pening" tu? Ok lah... sebaik saja pasangan mempelai tu selesai makan berdamai dan sessi bergambar, hujan turun dengan lebat. Biasa lah Ida, sebagai seorang pesakit anemia sejak kecil iaitu kurang sel darah merah maka Ida memang tidak boleh beraksi aktif diluar rumah, Ida akan sering pitam dan pengsan. Tetapi alhamdulillah semalam, Ida tidak pitam ataupun pengsan cuma mengalami sakit kepala yang berat sahaja sehingga entry ini di buat. Ida juga terpaksa topup darah seminggu sekali di Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Masa nak beraktif lasak bukan main lagi seronoknya...akibatnya ditanggung kemudian hehehe. 




6 comments:

Alahai kesiannya kak Ida.. Moga2 cepat sembuh ya kak Ida. Jangan nak buat aktiviti lasak2 sangat.. :)

1 December 2013 at 23:15 comment-delete

moga cepat sembuh...

2 December 2013 at 00:03 comment-delete

alolo...cian nya...tak pe semua tu dugaan ye sayang...
lepas nie tak yah nak aktif sangat :)

2 December 2013 at 00:08 comment-delete

kesian nya lah kak ida. take rest ya. ^^ selamat malam

2 December 2013 at 01:09 comment-delete

jaga diri kak, ika pun pening2 sakit kepala yang amat, perlukan banyak rehat sebab asyik busy memanjang...

2 December 2013 at 06:00 comment-delete

Laaaa... baca tajuk tadi saya ingat Kak Ida yang kahwin. Dah gembira dah tadi. hehe. Apapun, mesti seronok kan! :)

2 December 2013 at 22:04 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ