Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



KOMEDI UNSUR LUCAH DALAM FILEM ULAR??



Buat pertama kalinya, pengarah terkenal Yusry Abdul Halim digandingkan bersama bakal isterinya Lisa Surihani dalam sebuah filem terbaru terbitan KRU Studios yang bertajuk Ular. Yusri dan Lisa bukannya digandingkan sebagai sepasang kekasih di dalam filem ini tetapi sebagai seorang jurukamera dan wartawan.

Yusri dan Lisa Surihani dalam Filem Ular

Produksi filem Ular telah pun menyiapkan beberapa ular sawa untuk berlakon dalam filem ini selain penggunaan ular latex dan bantuan imej janaan komputer dan animatronix. Filem ini bakal menjalani pengambaran di Pulau Pangkor bermula pada 10 Januari lepas dan mengambil masa selama 25 hari.

Sengaja selitkan unsur lucah?

Pengarah filem Ular, Jason Chong akui sengaja menyelitkan unsur lucah sebagai selingan lawak jenaka dalam filem bergenre creature feature yang pertama di Malaysia itu.





Namun, Jason Chong berkata unsur lawak yang terdapat dalam filem ini bersesuaian dengan klasifikasi umur yang telah ditetapkan iaitu 18 tahun ke atas.

“Sebenarnya saya sengaja selitkan unsur lucah seperti seorang laki tua menggantal dengan anak dara dan pasangan gay.

“Bagi saya ianya lawak yang hanya boleh difahama oleh golongan yang berusia 18 tahun ke atas. Lagipun saya mahu sesuaikannya dengan klasifikasi filem ini.

“Pada awalnya, saya mahu ianya ditonton dari kalangan penonton berusia 13 tahun ke atas tetapi setelah ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) ianya menjadi filem yang berklasifikasi 18 tahun ke atas kerana aksi Ular yang kita tonjolkan sangat ganas,” katanya selepas tayangan media previu filem Ular, kelmarin.

Ular yang telah pun menemui penonton mulai 5 Disember 2013 dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani, Izzue Islam, Sharifah Sakinah, Zarina Anjoulie, Namron, Zarina Zainudin dan ramai lagi.

Jason kemudiannya mendedahkan pada media bahawa sebelum penggambaran ketika babak Yusry dan Lisa di sebuah terowong, dia telah menjumpai beberapa ekor ular sebenar di tempat yang sama namun bersyukur kerana penggambaran dijalankan dengan selamat tanpa ada sebarang kemalangan.

“Sebenarnya, Yusry dan Lisa sendiri tidak tahu mengenai ular itu. Saya senyapkan sahaja kerana takut ianya menggangu perasaan mereka ketika penggambaran.

“Malah kru yang menjumpai tiga ular tedung selar dan beberapa ekor ular sawa di lokasi itu pun hanya berdiam diri dan hanya meneruskan kerja seperti biasa.

“Kami bernasib baik, sepanajang penggambaran tiada kemalangan yang berlaku walaupun lokasi itu agak kurang selesa untuk kru dan pelakon,” jelasnya.

Ular berkisar percutian impian beberapa sekumpulan pengunjung termasuklah ke Pulau Batik Panjang. Myra, wartawan kontroversi yang telah diturunkan pangkat ditugaskan membuat liputan ditemani jurukameranya, Remy.

Namun keadaan bertukar menjadi misteri apabila seorang demi seorang pengunjung yang memenangi hadiah percutian tersebut hilang. Semuanya bermula dari kesilapan dua pengunjung iaitu JC dan Boy apabila merela berdua telah memadamkan suis pagar elektrik kerana mahu masuk ke dalam hutan.

Keadaan menjadi huru hara apabila ribuan ular yang kelaparan telah melepasi pagar sekeliling resort itu dan membaham mangsa.Berjayakah pengunjung-pengujung resort itu menyelamatkan diri dari Pulau Batik Panjang? Segalanya akan terungkai dalam Ular. Jom tonton!!








Trailer Ular





4 comments:

saya tengok thriller nie macam tak berapa nak menarik perhatian sy..mungkin baca review blogger yang lain dulu kot baru decide nak tengok ke tak..hehehe

Regards,
-Strider-

6 December 2013 at 23:37 comment-delete

errr takut nak tengok sebab geli dengan ular haha

7 December 2013 at 09:51 comment-delete

Harap-harap tidak menggadaikan budaya dan agama demi keuntungan semata.

7 December 2013 at 15:45 comment-delete

HI.
recently I require to present a topic named “Unsur Seks dalam Film” in a drama form which need to include related nilai-nilai Moral. I want to ask your opinions in the themes given. Any ideas to share on how we can carry out our drama? Thanks in advance. Looking forward for your reply.

Anonymous
17 February 2014 at 02:07 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ