Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Lisa Surihani Gugup Berlakon Bersama Suami

Lisa Surihani Gugup Berlakon Bersama Suami


Pelakon popular Lisa Surihani memberitahu perasaannya sedikit gugup ketika berlakon bersama suaminya, Yusry Abdul Halim dalam filem terbarunya "Ular".

Menurut Lisa, 27, ketika ditemui di malam gala tayangan filem "Ular" di ECurve semalam, penggambaran filem "Ular" ini dibuat sebulan sebelum hari mereka disatukan sebagai suami isteri dan perasaannya sukar untuk digambarkan berlakon disamping insan tersayang dan adakalanya dia juga mengigil dan malu ketika bertentangan mata.

"Pertama kali kami digandingkan saya punya perasaan malu terhadap Yusry yang sukar dibendung dan terus terang saya katakan saya mengigil apabila dalam satu babak itu memerlukan saya untuk memandang wajah dan mata Yusry."

Jelas pelakon itu lagi yang pernah memenangi anugerah Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM 23), gandingannya bersama Yusry juga mengeratkan lagi hubungan cinta dan kasih sayang mereka.

"Gandingan bersama dalam filem "Ular" ini adalah sebagai tempat untuk kami lebih mengenali hati budi masing-masing dan secara tak langsung hubungan kami lebih rapat dan sedikit sebanyak saya tahu bagaimana perangai Yusry yang tegas dan pendiam ketika di lokasi."

Sementara itu, Yusry, 40, menambah beliau seronok berlakon filem "Ular" kerana ia sebuah filem aksi yang lain dari yang lain kerana ianya adalah filem aksi 'creature feature' yang pertama kali dihasilkan dalam industri perfileman tempatan.

"Saya seronok berlakon filem ini kerana ia memberi suatu kelainan apabila menggambarkan bagaimana sifat semula jadi manusia ketika berdepan dengan situasi yang cukup mencabar ketika berdepan dengan ular yang dikenali sebagai binatang yang berbisa dan ganas."


3 comments:

malu tu normal untuk perempuan, kalau ika nak pandang mata lelaki lain pun ika malu, pandang mata tunang sendiri pun jadi tersipu2 ahahaha

7 December 2013 at 09:34 comment-delete

semoga bahagia deme

7 December 2013 at 09:50 comment-delete

mesti dia debar and konpius benda nie real ke lakonan..hehehe....datang klik inti..

Regards,
-Strider-

7 December 2013 at 12:03 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ