Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Bantu POlis Mengesan Suspek Ini!!!

Bantu POlis Mengesan Suspek Ini
Suspek Polis


Mengesan Suspek

Pada 28 November 2013, jam 11.08 malam, Pihak Polis Sentul telah menerima satu laporan dari seorang anggota polis, mengenai satu kejadian seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun, telah dipukul oleh orang ramai ketika lelaki Melayu tersebut melarikan dari ditangkap oleh orang ramai kerana terbabit membawa sebuah kereta curi jenis Honda Civic yang telah dilaporkan hilang pada 27 November 2013 di tempat kereta Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Kejadian kehilangan kereta ini telah dilaporkan pada hari yang sama di Balai Polis Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Siasatan polis, mendapati semasa pengadu dalam perjalanan balik ke rumahnya pada jam lebih kurang 7.50 petang, 28 November 2013, ketika melintasi di tepi jalan susur ke Highway DUKE, Sentul, Kuala Lumpur, telah melihat sekumpulan orang ramai berada di dalam keadaan kecoh. Ketika pengadu pergi melihat mendapati seramai lebih kurang 15 orang ramai, sedang mengelilingi serta memukul seorang lelaki melayu. Pengadu telah bertindak memperkenalkan diri sebagai anggota polis, untuk meleraikan orang ramai dari terus menyerang dan memukul lelaki melayu berkenaan. Sebaliknya orang ramai terus menyerang dan memukul lelaki berkenaan tanpa menghiraukan kehadiran anggota polis. Bagi menyelamatkan lelaki melayu berkenaan dari terus diserang dan dipukul, pengadu telah mendapatkan bantuan dari anggota polis yang lain untuk membantu meleraikan keadaan dan seterusnya membawa lelaki yang dipukul ke Balai Polis Sentul. Lelaki Melayu yang dipukul kemudiannya telah dibawa dengan menaiki sebuah kereta peronda ke Balai Polis Sentul. Sebaik tiba di perkarangan Balai Polis Sentul, anggota kereta peronda mendapati lelaki melayu berkenaan telah tidak sedarkan diri. Pihak polis kemudiannya menghubungi hospital, bagi memberikan bantuan kecemasan kepada lelaki terbabit. Sebaik pihak ambulans tiba bersama pegawai perubatan memberikan bantuan kecemasan, mendapati lelaki Melayu berkenaan telah meninggal dunia. Pemeriksaan awal mendapati lelaki melayu berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala. Mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan bedah siasat.

Hasil siasatan polis, mendapati kejadian ini bermula, apabila salah seorang dari rakan pemilik kereta yang dilaporkan hilang, mendapat maklumat mengenai kereta, milik rakannya yang dicuri berada di Lebuhraya DUKE, menghala ke jalan Duta, Kuala Lumpur. Rakan-rakan pemilik kereta yang bermotosikal, telah berjaya mengesan kereta curi terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Ketika cuba menahan kedua lelaki yang berada di dalam kereta, kedua lelaki berkenaan telah melarikan diri, salah seorang darinya telah berjaya ditangkap oleh orang ramai yang berada ditempat kejadian yang turut menyerang dan memukul lelaki berkenaan. Seorang anggota polis yang tiba kemudiannya, telah berjaya meleraikan keadaan dan seterusnya mendapatkan bantuan kereta peronda untuk membawa lelaki tersebut ke Balai Polis Sentul.

Siasatan

Berhubung kejadian membabitkan kematian ini, pihak polis telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh (Sek. 302 Kanun Keseksaan). Sehingga kini pihak polis telah menahan empat orang lelaki berusia di antara 22 tahun hingga 37 tahun bagi tujuan siasatan kes ini.

Pada peringkat ini, siasatan kes ini masih dijalankan, dan pihak polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian untuk tampil memberikan maklumat yang boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes ini ASP Wan Abdullah bin Wan Said melalui telefon no: 016-3020432 atau 03-62562280 atau 03-62562307.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ