Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Keadaan Banjir Semakin Buruk Di Pahang, Hampir 20,000 Dipindahkan

Keadaan Banjir Semakin Buruk Di Pahang, Hampir 20,000 Dipindahkan



KUANTAN: Keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan kini hampir 20,000 mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen, sehingga pukul 5 petang, sebanyak 19,750 mangsa banjir ditempatkan di 73 pusat pemindahan di lima daerah terbabit.

“Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu sebanyak 12,007 yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan,” katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Bandar Kuantan yang dilaporkan lumpuh berikutan bekalan elektrik dan air terputus sebelum ini, kini menerima bekalan secara beransur-ansur.

Di Rompin, sebanyak 3,982 mangsa banjir ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

“Di Pekan sebanyak 2,750 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan, di Maran 1,005 orang di tujuh pusat pemindahan dan selebihnya di Jerantut yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan,” kata jurucakap itu.

Pihak berkuasa bagaimanapun meminta penduduk di kawasan rendah supaya bersiap sedia berpindah berikutan hujan diramal berterusan sehingga Khamis.

Beberapa laluan jalan raya masih ditutup kepada lalu lintas berikutan kawasan jalan raya berkenaan dinaiki air melebihi 1 meter.

Antaranya Km28, Jalan Sungai Lembing/Sungai Charu-Kuantan, Jalan Gambang-Maran di Bukit Gambang Resort, Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang berhampiran Pasaraya Giant, persimpangan lampu isyarat Bukit Rangin dan Jalan Cherating-Kemaman berhampiran Chendor.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan bersedia dengan sebarang kemungkinan dan mengikuti arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya diminta berbuat demikian. – BERNAMA

Keadaan Banjir Semakin Buruk Di Pahang, Hampir 20,000 Dipindahkan

Keadaan Banjir Semakin Buruk Di Pahang, Hampir 20,000 Dipindahkan

Keadaan Banjir Semakin Buruk Di Pahang, Hampir 20,000 Dipindahkan





8 comments:

Semoga Allah melindungi mereka.

4 December 2013 at 23:04 comment-delete

semoga semuanya selamat,

4 December 2013 at 23:11 comment-delete

Semoga banjir cepat berakhir.... Ya Allah.

4 December 2013 at 23:13 comment-delete

semoga semua selamat..

5 December 2013 at 00:55 comment-delete

4 meter kan yg latest? Ish. Kesiannya. Ya allah permudahkanlah

5 December 2013 at 01:24 comment-delete

hmmm semoga semuanya selamat dan dilindungi Allah swt...takut tengok...

5 December 2013 at 07:51 comment-delete

Allahuakbar :(..

5 December 2013 at 08:47 comment-delete

Risau sangat saya semalam, kelmarin.. Alhamdulillah hari ni semuanya dah beransur pulih.

6 December 2013 at 21:37 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ