Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



11 Perkara Mengenai Jho Low Yang Kononnya Menjadi Kemarahan Tun M Kepada DS Najib



11 Perkara Yang Anda Perlu Ketahui Mengenai Jho Low.

Ada yang kata punca Tun M ‘naik angin’ ialah apabila beliau mengetahui bahawa ada seorang individu bernama Jho Low yang turut sama menyertai percutian DSN di Eropah baru baru ni. Sejauh mana kebenarannya? Wallahualam bissawab tak tahu macam mana BO nak jawab. Apa pun BO memang dari dulu lagi nak tulis pasal individu 'misteri' dan 'menarik' bernama Jho Low ni. Dan memandangkan BO rasa ramai kenkawan yang tak kenal sangat siapa Jho Low ni, jadi kat bawah ni BO kongsi lah serba sedikit apa yang BO tau pasal dia.

1. Nama sebenar beliau ialah Low Taek Jho. Berumur 32 tahun, berasal dari Pulau Pinang dan adalah anak kepada jutawan terkemuka Datuk Larry Low pemilik Syarikat MWE Holdings Sdn Bhd.

2. Pada tahun 2000 Jho Low melanjutkan pelajaran di Wharton School of Business sebuah kolej perniagaan berprestij di Pensylvania Amerika Syarikat. Semasa menuntut di sana beliau dkatakan telah berkenalan dengan Yousef Al Otaiba anak kepada Dr. Mana Al Otaiba bekas menteri minyak Emeriyah Arab Bersatu (UAE) yang pertama yang kebetulan belajar di universiti yang sama. Sebagai penasihat hubungan antarabangsa kerajaan UAE, Dr. Mana Otaiba juga mempunyai hubungan rapat dengan Istana UAE. Melalui Al Otaiba Jho Low kemudian di perkenalkan kepada kerabat diraja UAE termasuk lah Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu ( UAE). Beliau di katakan sentiasa kelihatan bersama rombongan (entourage) kerabat di raja UAE yang gemar berparti di kelab kelab eksklusif di Amerika yang di hadiri oleh artis artis popular seperti Paris Hilton, Usher dan ramai lagi.



3. Pada tahun 2002, Jho Low telah mengambil cuti semester dan menubuhkan The Wynton Group sebuah syarikat dana pelaburan dengan modal awal berjumlah USD25 juta yang di biayai oleh sahabat sahabat beliau dari Istana UAE. Bermula dari pelaburan berbentuk portfolio dan kemudian berkembang kepada ekuiti persendirian, pelaburan Wynton Group di seluruh dunia hari ini di katakan berjumlah melebihi USD1 billion.

4. Di Malaysia nama Jho Low pertama kali muncul pada 2008 apabila beliau di lantik menjadi penasihat kepada Perbadanan Pelaburan Terengganu (Terengganu Investment Authority) yang di tubuhkan pada tahun yang sama dengan suntikan modal sebanyak RM5 billion bagi mengurus dan mentadbir pelaburan dana royalti minyak yang di terima oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari Kerajaan Persekutuan.

5. Pada tahun 2009 Terengganu Investment Group (TIA) di tukar nama kepada 1 Malaysia Development Berhad atau 1MDB dan secara rasmi menjadi sebuah entiti pelaburan milik Kerajaan Persekutuan yang kini di katakan lebih 'berkuasa' dari syarikat pelaburan utama kerajaan, Khazanah Nasional Berhad.

6. Melalui hubungan rapatnya nya dengan kerabat di raja UAE, Jho Low telah membawa masuk syarikat gergasi dari UAE iaitu Mubadala Group untuk melabur di dalam projek projek di bawah seliaan1MDB. Antara projek terbesar yang melibatkan pelaburan Mubadala Group ialah kilang aluminium di Sarawak dengan jumlah pelaburan bernilai RM4 billion yang merupakan sebahagian dari Koridor Tenaga Boleh Di Perbaharui Sarawak (SCORE).

7. Pada bulan Januari 2010, Mubadala Oil and Gas telah menandatangani perjanjian Pembangunan dan Perkongsian Pengeluaran bersama Petronas untuk mengusahakan Blok Pesisir Sarawak yang di kenali sebagai SK320 dengan perkongsian 75/25 yang berpihak kepada Kumpulan Mubadala.

8. Malah Khaldoon Al Mubarak CEO Mubadala ketika ini adalah merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah 1MDB.

9. Jho Low ni juga adalah salah seorang 'budak tingkat 4' selain dari Mustapha Ong yang sinonim semasa zaman pemerintahan Pak Lah dulu. Tapi bukan lah Pak Lah yang bawak masuk. You know i know la siapa..



10. Dikhabarkan beliau lah yang membawa masuk dan membiayai persembahan penyanyi popular Gangnam Style Psy dari Korea pada sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada tahun lepas yang di hadiri oleh DS Najib.


11. Dikhabarkan juga beliau adalah individu di belakang pembikinan filem box office Hollywood, The Wolf Of Wall Street yang di bintangi oleh Leonardo Di Caprio. Filem terbitan Red Granite Pictures yang menelan belanja berjumlah RM300 juta. Ketika ini Red Granite Pictures sedang di dalam proses menyaman seorang blogger UK bernama Clare Rewcastle Brown (adik ipar kepada bekas Perdana Menteri British Gordon Brown) yang mengaitkan Riza Aziz, anak tiri DS Najib di dalam blognya sebagai salah seorang pemegang saham terbesar syarikat pengeluar filem tersebut.



P/s...BO tak hairan kalau manusia macam Jho 'Taik' Low ni datang menyibuk tanpa di undang 'menganggu' percutian DSN di Eropah. Cina macam ni memang spesis yang tak makan saman. Apa pun DSN bincang lah elok elok dengan Tun M ya. Tak kan di sebab kan budak cina sekor ni kita bergaduh sesama kita.




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ