Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



GAMBAR KETIBAAN JENAZAH MANGSA NAHAS #MH17 KE TANAH AIR





Cuaca panas terik tidak menghalang kira-kira 1,000 orang awam termasuk kakitangan Malaysia Airlines (MAS) berkumpul di luar Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang bagi memberi penghormatan kepada 20 jenazah mangsa tragedi MH17.




Jam 10:55 pagi, kesemua 20 jenazah selamat dikeluarkan dari pesawat. Van jenazah mula meninggalkan perkarangan Kompleks Bunga Raya, KLIA untuk dibawa ke masjid




Kenderaan membawa jenazah nahas tragedi #MH17 meninggalkan Kompleks Bunga Raya di KLIA, Sepang.


Jenazah pramugari Mastura Mustafa merupakan yang pertama diturunkan dari pesawat Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Komplek Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pagi tadi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paroi.






Penyanyi, Hattan yang merupakan sepupu Dora Shahilla turut tidak dapat menahan kesedihan sewaktu menyambut ketibaan jenazah Ketua Pramugari Pesawat MH17 itu



Jenazah Mohd Ali Mohd Salim tiba di tanah perkuburan Kg. Raja, Pagoh untuk disemadikan di sebelah kubur datuknya.

Fadillah Yusof, Rohani Karim & waris membaca ayat suci Al-Quran ketika mengiringi jenazah Ariza & anaknya Afif dalam Charlie.


Ahli keluarga dua beranak, Ariza Ghazalee dan anaknya, Muhamad Afif Tambi tidak dapat menahan kesedihan ketika pesawat yang membawa pulang jenazah tiba di Kuching



Suami Allahyarham Hamfazlin Sham, Ahmad Tarmizi Ismail mengiringi jenazah isteri tercinta ke Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju




Allahyarham Hamfazlin Sham selamat dikebumikan di Wangsa Maju dan bacaan talqin telah dilakukan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..


ALIF Hazim, 2, anak arwah Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 38, memeluk keranda arwah ibunya sebelum disembahyangkan.




Muhriz Marzaidi, 10 tahun, anak kepada Allahyarhamah Mastura Mustaffa tidak dapat menahan air mata di sisi keranda ibunya. Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.



Keluarga arwah Rahimmah berkumpul di tanah perkuburan Kg Masjid Lama Tambun bagi majlis pengebumian dan Jalur Gemilang diserahkan kepada keluarga arwah.


Ketibaan jenazah Azura Yacob dan Ahli keluarga mangsa #MH17 itu mula hadir di tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Azrina Yakob di Tanah Perkuburan Masjid Al Hidayah, Taiping, Perak.




Jenazah Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi & Nur Shazana Mohamed Salleh tiba di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya. Alhamdulillah,  selamat dikebumikan.


Rakan pembantu juruterbang #MH17 arwah Ahmad Hakimi yang mendukung anak arwah tidak dapat menahan air mata tatkala membaca doa selepas solat jenazah



Lebih 1,000 orang menunaikan solat jenazah bagi dua anak kapal MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi serta Allahyarhamah Nur Shazana Mohamed Salleh di Masjid Putra di Putrajaya, yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Zulkifli Al Bakri.




Jenazah Karamjit Singh, tiba di Nirvana Memorial Park Shah Alam dan diberi penuh penghormatan sambil disaksikan keluarga, rakan-rakan dan orang ramai.



Jenazah Allahyarham Hasni Hardi Parlan selamat tiba di Segamat. Suasana kesedihan menyambut jenazah. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin



Jenazah Mohd. Ali Mohd Salim diusung ke dalam masjid IKBN Pagoh, Johor untuk disembahyangkan


Persiapan menanti ketibaan abu mayat mangsa tragedi #MH17, Lee Hui Pin di kediamannya di Subang Jaya


1 comments:

Al Fatihah..takziah..

23 August 2014 at 22:31 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ