Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



JERSI PELUMBA BASIKAL WANITA COLOMBIA YANG MEMALUKAN


Ye....Sekali pandang, seolah-olah gambar di atas seakan gambar Iucah.

Namun bila diperhatikan betul-betul, ia adalah manipulasi warna pada jersi yang dipakai mereka. Apa kesahnye........???

Sebuah pasukan lumba basikal wanita dari Colombia yang mengambil bahagian di dalam sebuah acara perlumbaan basikal di Itali telah membuatkan orang ramai berasa jelik kerana rekaan jersi yang di
sarungkan oleh pasukan tersebut lapor media Sabtu lalu.

Pakaian sukan berkenaan yang telah ditaja oleh kerajaan bandar Bogota, diperbuat daripada fabrik yang menyerupai warna kulit di bahagian pinggang dan pinggul... termasuk di bahagian sulit pelumba, yang
menunjukkan mereka seolah-olah berbogel.

"Sangat Menyedihkan" laman web perlumbaan di Itali, Tutobiciweb meletakkan perkataan itu sebagai
tajuk utama kepada artikel mereka yang merujuk kepada pasukan berkenaan yang dilihat seperti berbogel.

Pendedahan kepada gambar tersebut terus menjadi popular dan viral di media sosial di mana ada yang
berpendapat rekabentuk tersebut adalah "sangat salah" dan merupakan sebuah "bencana" kepada pasukan
berkenaan dan negara yang diwakili. - miazarraannur.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ