Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Video Terakhir Ustaz Lotfi Yang Gugur Di Bumi Syria... Al-Fatihah




Seorang lagi rakyat Malaysia, Ustaz Mohd Lotfi Ariffin, 45, diberitakan telah menghembuskan nafas terakhirnya di bumi Syria. Perkara ini dimaklumkan oleh salah seorang rakan seperjuangannya iaitu Abu Talhah II melalui akaun facebooknya semalam.  




Ustaz Lotfi meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kaki, tangan dan muka sehingga mengalami koma selepas terlibat dalam pertempuran selasa lalu.




Ustaz Lotfi adalah salah seorang rakyat Malaysia yang paling terkenal memilih untuk berjuang di bumi Syria serta sering berkongsi cerita di laman sosial dan ceritanya juga pernah dissiarkan dalam akhbar Sinar Harian suatu masa dahulu. Di Syria, Ustaz Lotfi berjuang bersama kumpulan Ajnad As-Syam bagi menentang tentera kejam kerajaan Bashar al-Assad yang sering menyiksa dan menindas rakyat. 







Ketika hayatnya Ustaz Lotfi sudah banyak kali terlibat dalam aktiviti jihad termasuk di Afghanistan bersama Syeikh Abdullah Azam, di Tajikistan bersama Ibnu Kattab dan dikepulauan Muluku bagi membela umat Islam yang dibunuh oleh pasukan Tentera Salib. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak. Alfatihah.



Jom saksikan video terakhir Ustaz Lothi di bawah




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ