Che Ta & Zain Bakal Timang Anak Perempuan




Tahun 2014 menyaksikan ramai selebriti tempatan menyambut ahli keluarga baru mereka dengan kehadiran cahaya mata perempuan termasuklah Irma Hasmie serta pasangan selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari baru-baru ini.

Terbaru, pelakon jelita Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin khabarnya juga bakal menyambut puteri sulung mereka sekitar awal November nanti.

Menurut laporan portal Rotikaya, aktres yang lebih manis disapa dengan panggilan Che Ta ini mendedahkan yang mereka sudah memeriksa jantina bakal anaknya dan hasil pemeriksaan tersebut menunjukkan yang mereka bakal menimang bayi perempuan penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Che Ta juga memaklumkan dirinya sudah pun membeli persalinan bayi perempuan sebagai persiapan menyambut kelahiran anak pertamanya dengan Zain.

Menjadi lumrah wanita yang mengandung mengidam makanan tertentu dan di antara juadah yang kerap dimakan oleh Che Ta lebih-lebih lagi di tengah malam kini adalah burger Ramly dan ikan masin.

Semoga Che Ta dan kandungannya yang kini memasuki enam bulan sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan apabila bersalin kelak.


1 comments:

semoga bahagia

25 July 2014 at 23:12 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ