Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



ZIONIS ISRAEL TERPAKSA MENGAKU, TENTERANYA RAMAI MATI KERANA SERANGAN AL-QASSAM DAN LARI KETAKUTAN!!!




Perang Gaza vs Israel hari ke-13: Media Zionis Israel melaporkan:

Kalaulah pihak tentera Israel membenarkan penyebaran bilangan rakyat dan askar Israel yang terkorban, akan berlaku revolusi di Israel.

Media Zionis Israel sedang menghebahkan tentang hujanan roket dari Gaza ke atas mereka dan siren kecemasan sedang berbunyi dari Beersheba hingga ke Tel Aviv.

Akhbar Israel pada muka surat depan menyiarkan gambar 6 orang tenteranya yang terbunuh dalam operasi menyelinap tentera Briged Izzuddin Al-Qassam masuk ke bahagian Ain Saalisah semalam (Sabtu).

Terkini:

Briged Izzudin Al-Qassam mengesahkan bahawa pejuang Palestin semalam berjaya menghalang kemaraan tentera Israel untuk memasuki Gaza dan berjaya membunuh 15 orang tentera Israel dalam pelbagai pertempuran di sekitar sempadan Gaza dan operasi ketenteraan lain.



Manakala pada pagi ini 2 jam yang lalu di Hayyu Tuffah, Al-Qassam mengesahkan berjaya meletupkan sekumpulan skuad Israel dengan bom jerangkap samar yang membunuh kesemua tentera yang sedang berkumpul di situ; disyaki 14 orang tentera penjajah terbunuh manakala menurut sumber Al-Jazeera 8 orang.

Hingga kini sekurangnya 6 buah kereta kebal Israel telah berjaya dimusnahkan pejuang Palestin. Pasukan penembak tepat Palestin pula berjaya membunuh beberapa askar Israel.

Askar Israel masih belum dapat memasuk Gaza kerana digempur pejuang Palestin. Israel hanya mampu menyerang dengan kapal terbang dan tembakan meriam dari jauh.

Media Israel berusaha menutup kerugian yang dialami askarnya di medan perang. Media zionis itu bukan saja cuba menipu dunia malah rakyatnya sendiri.

Keangkuhan Zionis Israel akan ditundukkan pejuang Palestin…Allahu Akhbar…

Sumber: Aman Palestin.


Berikut pula kenyataan dari CAKNA PALESTIN:


SABTU : 21 Ramadhan 1435 / 19 Julai 2014

1. 11 orang tentera Zionis terbunuh ketika tercetusnya peperangan darat. 6 orang di Khan Younis, 2 orang di Beit Hanoun, 3 orang di Safad.

2. Kereta kebal tentera Zionis dihancurkan sepenuhnya di Beit Hanoun. Terdapat 4 orang tentera Zionis di kuliah pertanian.

- Pengeboman kereta kebal berlaku di Beit Lahia ( Briged Al-Qassam tidak merakam gambar dalam operasi ini).

- Juga peluru al-Qassam telah jatuh di beberapa pusat tentera Zionis Israel, berlaku kematian tetapi dinafikan oleh pihak mereka. Zionis menyifatkan hari sabtu (kelmarin) sebagai hari hitam.

AHAD : 22 Ramadhan 1435 / 20 Julai 2014

1. Awal pagi ini kematian meningkat seramai 14 orang, tetapi jumlah sebenar lebih daripada itu. 23 tentera Zionis cedera dalam pertembungan denga Briged Al-Qassam kelmarin. Sebentar lagi Briged Al-Qassam akan mengumumkan kematian dan jumlah tentera zionis yang terbunuh setiap hari.

2. Khaled Mashal (pemimpin Hamas) menolak secara rasmi jemputan As-Sisi ke Mesir.

3. Israel umum secara rasmi bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) membantu Israel dalam peperangan ke atas Gaza.

4. Israel mengumumkan secara rasmi Briged Al-Qassam membunuh 8 orang tenteranya di perbatasan Gaza Timur di Shujaiah.

Allahu Akbar!!!
Teruskan berdoa
Akhukum
Wan Mohd Sharafi
Presiden Cakna Palestin
22 Ramadhan 1435 / 20 Julai2014


sumber


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ