Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Scha Al-Yahya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan





Rasanya masih belum terlewat untuk  mengucapkan tahniah kepada pelakon Scha Al-Yahya telah selamat melahirkan bayi perempuan semalam.

Bayi perempuan tersebut selamat dilahirkan secara normal kira-kira pukul 5.50 petang pada Selasa di Hospital Prince Court Kuala Lumpur.

Suami Scha, pelakon dan pengacara Awal Ashaari berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya pada Rabu dengan memaklumkan keadaan isteri dan anak mereka dalam keadaan baik.

Awal telah memuat naik sekeping gambar di Instagram yang memperlihatkan jari anaknya untuk tatapan para peminat.

Menurut Awal, bayi seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal namun mereka masih belum mengumumkan nama yang bakal diberikan kepada cahaya mata pertama itu.




2 comments:

Eh, dah lahir ea..baru tahu ni..alhamdulillah..

23 July 2014 at 14:11 comment-delete

tahniah..alhamdulillah..

24 July 2014 at 10:54 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ