Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara: Antara Kiki CDM25 Dan Ng Sue Lim
Portal ini antara yang sentiasa mempertahankan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) setiap kali diasak oleh badan bukan kerajaan dan parti politik yang cuba merendah-rendahkan kerja anggota polis. Kami hormati dan kagumi kerja-kerja polis menjaga keamanan dalam keadaan yang sangat sukar.
Polis berada dalam kesukaran bukan sahaja kerana berhadapan dengan penjenayah yang makin bijak dan cekap tetapi juga dengan orang politik dan badan bukan kerajaan yang menjadi pembela penjenayah.
Cuma kali ini, keputusan Polis meneruskan siasatan ke atas kes Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di sini Isnin lalu sangat mengelirukan.
Semua orang sudah tahu bahawa peristiwa yang membabitkan Kiki menghentak pengunci stereng kereta yang melanggarnya kerana menjadi viral di media sosial.
Menurut laporan media, Polis menyiasat kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).
Fakta kes ialah wanita dirakam menjerit-jerit dan kemudiannya mengeluar pengunci stereng kereta serta memaki seorang lekaki yang melanggar keretanya. Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki tua berketurunan cina berkenaan dengan pengunci stereng kereta.
Insiden yang berlaku di Kuantan itu telah dirakam dan dikongsi di YouTube oleh pemandu berhampiran yang berada di tempat kejadian.
Kita semua juga tahu bahawa kes ini hanya dilaporkan sebagai kemalangan. Malah lelaki cina tersebut juga tidak mahu membuat sebarang laporan lanjut mengenai kejadian memaki hamun dan mengetuk kenderaan beliau.
Kes ini tidak membabitkan kecederaan fizikal apatah lagi kematian.
Justeru, ketika kedua-dua pihak memilih untuk melakukan penyelesaian secara bermaaf-maafan dan tiada sebarang laporan polis dibuat, kita merasa sangat aneh kerana siasatan diteruskan dan dalam masa seminggu pendakwaan akan dilakukan.
Kita tidak mempersoalkan hak polis dan Peguam Negara untuk meneruskan kerja mereka, namun kita tertanya-tanya apakah ini satu kes yang jujur atau mempunyai motif politik perkauman?
Sebelum ini mengulas mengenai video tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan wanita itu adalah ‘tidak boleh dimaafkan’.
“Itu bukan cara untuk mengendalikan situasi yang berlaku kerana kita tidak tidak perlu meletakkan undang-undang ke dalam tangan sendiri.
“Tidak kiralah sama ada lelaki itu telah membuat laporan dengan kami berhubung kejadian itu atau tidak.
“Perkara utama adalah, kita telah melihat video itu dan tindakan wanita itu menunjukkan tingkah laku pembuli jalan raya.
“Oleh itu, kami akan membuat laporan terhadapnya dan tindakan akan diambil,” katanya.
Baiklah, ambillah tindakan jika Peguam Negara dan Polis merasakan dengan menjadikan seorang usahawan wanita Melayu yang berjaya kepada seorang bakal penjenayah adalah sesuatu keutamaan dari ratusan kes ragut, pecah rumah dan samun di negara ini.
Wanita terbabit hilang kawalan kemarahan dalam masa beberapa minit, yang sebenarnya biasa bagi kebanyakan orang, termasuk bekas Ketua Polis Negara, tan Sri Rahim Noor. Namun tindakan wanita ini tidak membabitkan apa-apa kecederaan fizikal dan telah menyelesaikan dengan “mangsa” jika boleh dikatakan mangsa tidak memuaskan hati Polis dan Peguam Negara.
Jika Polis dan Peguam Negara bertekad mahu menjadikan seorang anak muda yang berjaya dalam bidang perniagaan kepada seorang penjenayah, teruskanlah. Mungkin ini cara Polis dan Peguam Negara mengamankan negara ini. Siapalah kita untuk mempertikaikan kebijaksanaan Peguam Negara.
Sekarang kita mahu bertanya kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar, apa terjadi kepada kes ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim yang melanggar seorang pelajar UiTM sehingga koma?
Pada 7 Februari 2010 Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) koma selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim,
Mohamad Bakri Mohd Bazli, 23, yang juga penuntut tahun akhir Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur itu masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berada dalam keadaan koma. Tiada siapa lagi peduli nasib beliau. Apakah yang terjadi kepada beliau?
Bukankah Tan Sri ketika itu merupakan Ketua Polis Selangor dilaporkan berkata, kertas siasatan itu kini dalam proses terakhir untuk disiapkan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan di mahkamah.
“Kertas siasatan sudah hampir selesai untuk diberikan kepada DPP. Ada cadangan supaya beliau dituduh dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa ketika memandu kenderaan.”
Langgar orang dari belakang sehingga koma hanya mahu dituduh dengan akta JPJ, Tetapi memaki orang yang langgar belakang dan mengetuk kenderaan tersebut kerana hilang sabar bakal didakwa di bawah Kanun Keseksaan?
Lebih serius boleh Tan Sri nyatakan bilakah Ng Sue Lim didakwa kerana kes tersebut dan apakah hukuman ke atasnya?
Seingat saya tiada pendakwaan pun dibuat. Apakah kerana beliau seorang wakil rakyat berketurunan kaum cina dari DAP?
Apakah jika yang melanggar itu wakil rakyat Melayu dari UMNO dan mangsanya seorang lelaki cina, maka wakil rakyat tersebut akan dibebaskan sedemikian juga?
Banyak lagi kes lain yang membabitkan tindakan kurang ajar, ugutan dan provokasi yang langsung tidak diendahkan oleh Polis dan Peguam Negara bila membabitkan kaum bukan Melayu ke atas orang Melayu. Seolah-olah jika bukan Melayu berbuat sesuatu ke atas orang Melayu, Polis dan Peguam Negara seolah-olah takut dianggap rasis atau perkauman.
Benarkah begitu?
Apakah kes-kes seperti ini disiasat dan didakwa?
2 comments:
doa yang terbaik..
moga dijauhi perkara2 yg tak elok...
Post a Comment