Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH17 - APA KATA TUN MAHATHIR??




Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) tidak bernasib baik apabila MH17 menggunakan ruang udara bergolak dan ditembak kumpulan pemisah di sempadan Ukraine semalam.

Bekas perdana menteri itu berkata MH17 tidak bernasib baik apabila menjadi mangsa kumpulan pemisah yang terlibat dalam konflik kawasan itu.

"Ini suatu yang tidak bernasib baik kerana kawasan itu sedang berlaku peperangan dan terdapat kumpulan pemisah. Mereka bukan askar yang berdisiplin," katanya dipetik dari portal One News (www.malaysia1news.my).

Beliau berkata pejuang pemisah boleh sewenang-wenangnya melepas tembakan tanpa mengira sesiapa sahaja di wilayah bergolak.

"Pemisah tidak mempunyai disiplin sama dengan tentera, mereka tembak tanpa ambil kira apa yang berlaku dan saya diberitahu kawasan tersebut banyak pesawat penumpang terbang.

"Ia mungkin berlaku kepada penerbangan lain tapi ia berlaku kepada MAS. Ini pasti tragedi berganda selepas MH370," kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

Dr Mahathir berkata beliau sedih dengan tragedi kedua yang berlaku ini, serta bersimpati kepada keluarga mangsa penumpang insiden tersebut.

"Saya bersimpati kepada ahli keluarga dan mereka yang berkaitan dengan penumpang dalam pesawat ini," katanya.

Malaysia hari ini digemparkan dengan berita pesawat MAS Boeing 777 ditembak jatuh dari udara selepas empat bulan pesawat MH370 hilang dari radar.

Pesawat MH17 yang terbang 300 meter di atas kawasan larangan apabila ditembak jatuh kumpulan pemberontak di timur Ukraine mengorbankan 298 nyawa.


3 comments:

Alfatihah

20 July 2014 at 10:52 comment-delete

takziah..al-fatihah..

20 July 2014 at 11:09 comment-delete

Kesedihan turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia..

20 July 2014 at 12:59 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ