Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Singapore Airlines Guna Laluan Ukraine Sebanyak 75 Kali – Kan Dah Malu!!!




Insiden nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine dua hari yang lalu telah mengundang pelbagai spekulasi dan persoalan.

Antara yang paling kerap diajukan adalah, mengapa pesawat itu menggunakan laluan yang berisiko dan berbahaya?

Hakikatnya, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sudah mengesahkan bahawa laluan tersebut selamat dilalui.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi sidang media sebelum ini juga pernah memberitahu ia menjadi laluan utama kepada 15 daripada 16 syarikat penerbangan di bawah Persatuan Penerbangan Asia Pasifik dan turut digunakan oleh syarikat penerbangan Eropah yang lain.





Laporan infografik yang kami kongsikan di atas ternyata membuktikan perkara tersebut.

Pesawat MAS sebelum ini sudah melaluinya sebanyak 48 kali tanpa sebarang masalah.

Sementara itu, syarikat penerbangan negara jiran seperti Thai Airways dan Singapore Airlines turut menjadikan ia sebagai laluan utama, masing-masing sebanyak 34 kali dan 75 kali.

Pesawat syarikat penerbangan Rusia, Aeroloft pula disenaraikan sebagai pengguna laluan yang paling banyak sekali iaitu 86 kali.

Ia sekaligus membuktikan bahawa ia bukanlah laluan terpencil, sebaliknya laluan yang menjadi pilihan ramai.

Justeru, adalah tidak adil untuk menuduh MAS sengaja menggunakan laluan bergolak bagi menjimatkan minyak sehingga menyebabkan ia ditembak jatuh.

Bagaimanapun, susulan kejadian ini, semua penerbangan ke Eropah di bawah kendalian MAS akan menggunakan laluan alternatif dan mengelak laluan biasa berkuatkuasa serta merta. - mynewshub.my


Terdahulu dengan angkuh dan sombongnya Singapore Airlines mengeluarkan status di facebook miliknya bahawa mereka tidak melalui laluan tersebut tetapi telah mendapat kecaman ramai. (baca di sini) Kan dah malu!!!






2 comments:

kebetulan atau mmg drancang??huhu

20 July 2014 at 11:10 comment-delete

Tiada satu pun yang mampu diselindungi daripada Allah..

20 July 2014 at 12:49 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ