Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar Mohammad Sofwan Selamatkan Anjing Hanya Rekaan





Kecoh sekejap, sekeping gambar budak lelaki yang mendukung seekor anjing di belakangnya menjadi viral di internet hari ini kerana kesanggupannya bersusah payah menyelamatkan anjing itu ketika banjir.

Budak lelaki itu dikatakan namanya Mohammad Sofwan dan sekelip mata ‘Mohammad Sofwan’ mendapat pujian melangit ekoran keberaniannya itu.

Gambar itu juga tersebar luas di Facebook menceritakan keberanian adik itu yang menyelamatkan anjing daripada mati lemas. Pada hakikatnya sebenarnya, Mohammad Sofwan cuma watak rekaan semata-mata.

Hasil tinjauan, penulis mendapati gambar viral sebenarnya palsu kerana ia merupakan gambar yang diambil ketika banjir di Filipina oleh jurufoto Reuters, Rome Ranoco.



Budak lelaki itu mendukung anjing mengharungi air banjir ketika daerah Trami, Filipina dilanda ribut tropika kira-kira setahun lepas.

Tidak diketahui apakah tujuannya sesetengah laman web dan akaun media sosial Facebook mengambil gambar ini dan menyebarkannya ke internet.

Apa yang mungkin pasti, gambar ini dilihat mampu menarik perhatian kerana rupa budak lelaki yang mendukung anjing itu mirip kepada orang berbangsa Melayu di negara ini.

Hasil pemeriksaan juga mendapati gambar asal kejadian itu dipaparkan dalam The Huffington Post pada 9 Jun tahun lalu.

Kejadian banjir di Trami di bandar Paranaque itu berlaku pada 20 Ogos tahun lepas dan ia menyebabkan pejabat kerajaan, sekolah dan premis perniagaan terpaksa ditutup.

Ada penduduk dan rakyat di kawasan itu juga terpaksa meninggalkan rumah kerana banjir berkenaan.

Kesimpulannya, itulah kisah sebenar gambar viral ini dan bukannya adik Mohammad Sofwan seperti yang digembar-gemburkan dalam banyak posting di laman sosial sebelum ini. – MYNEWSHUB


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ