SCAM ALERT: SINDIKET PENIPUAN ANAK ANGKAT MELALUI WHATSAPP




SCAM ALERT: Keprihatinan dan perasan kasih sayang yang tidak disusuli dengan kebijaksanaan mungkin membawa padah. Terkini, sindiket penipuan yang menawarkan urusan pengambilan anak angkat mengambil kesempatan melalui medium media sosial dan whatsapp untuk melakukan jenayah penipuan.

Modus Operandi:

1. Suspek menggunakan medium media sosial dan 'WhatsApp' untuk hebahan pengambilan anak angkat.

2. Hebahan yang dibuat memaklumkan bapa bayi itu baru sahaja meninggal dunia dan merupakan keluarga susah.

3. Mangsa yang berminat untuk mengambil anak angkat akan menghubungi suspek menggunakan nombor yang disertakan pada mesej yang dihantar.

4. Suspek akan memberikan nombor telefon kononnya seorang doktor yang boleh dihubungi sekiranya ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai proses pengambilan anak angkat tersebut.

5. Mangsa kemudian menerima panggilan telefon dari 'doktor' tersebut dan dimaklumkan mengenai maklumat peribadi bayi serta proses pengambilan anak angkat.

6. Beberapa hari kemudian, doktor berkenaan menghubungi mangsa sekali lagi untuk meminta mangsa membuat pemindahan duit kononnya sebagai kos rawatan dan kos guaman.

7. Doktor tersebut kemudiannya menghilangkan diri selepas mangsa membuat pemindahan duit.



Nasihat polis:

1. Orang ramai yang ingin mengambil anak angkat dinasihatkan supaya berurusan dengan pihak yang berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2. Elakkan membuat urusan pemindahan duit kepada orang yang tidak dikenali

3. Jangan mudah percaya dengan tawaran maya yang belum dikenalpasti kesahihannya.


Sumber: Facebook Polis DiRaja Malaysia


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ