Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



LELAKI HINA PM DENGAN SELIPAR, DITAHAN POLIS




Seorang lelaki ditahan Sabtu lalu ekoran tindakannya meletak selipar atas poster perdana menteri semasa satu protes 8 Oktober lalu.

Mengesahkannya, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.

Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 504 dan 506 Kanun Keseksaan, kata Munusamy ketika dihubungi.

Seksyen 504 berkaitan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, manakala Seksyen 506 berkaitan ugutan jenayah.

Munusamy berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki tersebut dirakam meletak selipar atas poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa satu protes terhadap pemotongan subsidi bahan api dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di hadapan bangunan Parlimen pada 8 Oktober.

Gambar tersebut telah diedarkan dalam talian, termasuk oleh laman Facebook Friends of Barisan Nasional. Suara.TV




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ