Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



KES BULI DISIARKAN TV3 BERLAKU DI ASRAMA ANAK YATIM JEJAWI PERLIS




Satu lagi kes buli di asrama .  Sama-sama kita bendung gejala yang tidak sihat ini. Sungguh biadap dan tidak bertamadun. 

05/11/2014 - Maklumat kes buli laporan berita TV3 yang dikeluarkan hari ini dan video ini telah menjadi viral di laman sosial







Tarikh kejadian pada 24/5/2014 hari sabtu antara jam 6 ptg hingga 7 malam di asrama anak Yatim Jejawi Perlis. Mangsa bernama Nur Azha b Saat pelajar tahun 5 SK Kubang Gajah. Pembuli seramai 7 orang bersekolah di SMK Syed Sirajuddin, Jejawi Perlis

1.Mohd Zaid Mohd Izhan - Ting 2 telah dibuang sekolah dan dibuang asrama anak yatim.
2. Mohd Talhah Mohd Izhan -Ting 1 telah dibuang sekolah dan buang asrama.
3.Mohd Khairy b Abdullah -Ting 4 diberi amaran kes pertama.
4. Hafiz Ishak - Ting 3 diberi amaran
5. Irfan Faris b Syaifudin - Ting 1 diberi amaran
6. Mohd Farhan b Dzulkafli - Ting 2 diberi amaran
7. Mohd Airil Izuan Mat Zambri - Ting 1 diberi amaran

Pihak asrama anak yatim telah membuat repot pada 6/6/2014 kerana selepas tarikh kejadian cuti sekolah dan baru mendapat tahu tentang kejadian apabila sekolah dibuka dan video telah disebarkan. Repot dibuat di IPD Kangar jam 1705hrs. Selepas repot dibuat pelajar terlibat ditahan dilokap selama 2 hari. Mangsa telah mendapat cedera ringan. Walaubagaimana pun Pada 21/7/2014, Repot polis telah ditarik semula  oleh pihak asrama anak yatim  atas alasan:

1. Suspek telah mohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mereka.
2. Pihak Jawatankuasa Asrama beranggapan murid yang terlibat masih muda dan tidak berfikir panjang semasa melakukan perkara tersebut dan tidak mahu masa depan mereka gelap.

Tindakan yang telah diambil ialah satu sesi Kaunseling Dan nasihat telah dibuat kepada 7 orang murid yang terlibat oleh pihak asrama anak Yatim.

Sumber dari whatsapp

*******


Di bawah adalah Pengesahan dari pihak polis:

KANGAR: Polis Perlis mengesahkan video klip terbaharu mengenai kes buli yang tersebar melalui laman sosial Facebook sejak pagi ini, sebagai kes lama yang berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi berkata kejadian itu berlaku pada Jun lalu di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, membabitkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain.

“Sebaik tersebar video klip terbabit, kita jalankan siasatan sebelum mendapati ia video klip lama yang berlaku di rumah anak yatim terbabit.

“Kita memang ada terima laporan daripada pihak pengurusan rumah anak yatim berkenaan mengenai kejadian itu sebelum ini dan siasatan juga sudah dijalankan…kes juga sudah dianggap selesai,” katanya.


1 comments:

Gila ke selesai macam tu, harap ada repot kedua untuk tindakan selanjutnya

6 November 2014 at 08:41 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ