Adakah Kaki Anda Rata (Flat Fleet)? Ketahui Sekarang





Jika anda melihat pada kaki seorang dewasa, biasanya anda akan melihat bahagian melengkung bermula dari atas tumit sehingga ke atas. Keadaan ini dipanggil gerbang. Beberapa tendon akan bekerja sama untuk membentuk gerbang kaki anda sedemikian.

Apabila tendon yang bekerjasama dengan tendon lain ditarik dengan sepenuhnya, maka kaki anda akan membentuk dengan sempurna, namun jika urat tendon yang ditarik tidak ditarik dengan sepenuhnya, ia akan membentuk satu keadaan kaki yang rata atau istilah 'gerbang jatuh'.

Untuk mengetahui samaada anda mengalami masalah ini atau tidak, anda boleh melakukan beberapa ujian mudah berikut:


1. basahkan kaki anda
2. Berdiri diatas permukaan yang rata
3. Lihat pada kesan air yang ditinggalkan oleh tapak kaki. Jika anda dapat melihat sepenuhnya kesan tapak kaki yang ditinggalkan oleh air, kebarangkalian anda untuk mengidap tapak kaki rata adalah tinggi.

Sebenarnya, ramai kanak-kanak kecil mengalami keadaan kaki rata ini, dan semakin membesar, semakin ia tumbuh dan akan membentuk gerbang.

Punca Kaki rata/ gerbang jatuh
kebanyakkan kaki rata orang dewasa adalah berpunca daripada:

kelainan sejak lahir
Tendon yang atau tegang sejak lahir
Kerosakkan atau radang tendon (tendon tibial posterior)
Tulang patah atau terseliuh
Mengalami beberapa masalah saraf atau artritis.

Selain itu, penyakit lain yang berisiko tinggi:
Obesiti
Dibetis
Penuaan
Wanita mengandung

Simptom kaki rata/gerbang jatuh

Ramai yang mengalami masalah kaki rata namun mereka tidak mengalami sebarang rasa sakit, namun tanda-tanda berikut harus diberi perhatian

Kaki cepat berasa letih.
kaki terasa cepat sengal, terutamanya dibahagian bidang gerbang.
Sukar untuk berdiri diatas tumit.
Sakit belakang.

Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lebih tepat.








0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ