Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Nama Tempat Pelik Yang Sememangnya Wujud di Malaysia..!!!




Sebenarnya di Malaysia terdapat beberapa tempat dengan nama yang begitu pelik dan jarang sekali kita dengar.


Di bawah kami paparkan beberapa tempat dengan nama paling pelik di Malaysia, pelik tapi ia sememangnya benar-benar wujud di negara ini.

Mungkin disebalik nama-nama tersebut ada kaitan dengan kisah, gaya kehidupan masyarakat setempat atau sejarahnya tersendiri yang kita tidak ketahui..

1). Kampung Langkah Baik






Kampung ini terletak di Sungai Rengit, Bandar Penawar Johor...lebih kurang 28 KM dari Desaru. Berhampiran dengan pantai. Kampungnya memang cantik dan bersih.


2). Kampung Puteri Menangis



Terletak di Benut, Pontian, Johor. Tak tahu kenapa puteri tu menangis...


3). Kampung Buntut Pulau





Kampung Buntut Pulau benar-benar wujud terletak di daerah Temerloh, Pahang.


4). Kampung Mambang Berulang




Kampung Mambang Berulang juga terletak di daerah Temerloh, Pahang jalan menuju ke bandar Mentakab. Di situ juga terdapat kampung Gantuk, Kampung Chatin, Kampung Busut Jin. Semua nama yang pelik-pelik. 



5). Desa Temu Jodoh



Hendak  bertemu  jodoh  bolehlah  datang  ke kampung  ini  yang  terletak  di Daerah Segamat, Johor.
Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor. 


6). Permatang Tiga Ringgit




Tiga ringgit sahaja tau!! Tak boleh lebih. Hehe... Kampung ini terletak di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang.


7). Kampung Imam Lapar


Kampung ini adalah kampung yang paling popular menjadi viral di laman sosial terletak di Kuala Terengganu.Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran. Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran. 


8). Kampung Paya Berenjut


Kampung ini juga terletak di Kuala Terengganu. Asal usul nama kampung ini tidak diketahui tetapi ada yang berkata keadaan muka bumi di sini tidak landai dan berenjut-enjut. Wallahualam.


9). Kampung Cinta Manis.




Bercinta memang indah dan manis maka di abadikan pada nama sebuah kampung yang terletak di daerah Bentong, Pahang.  Jika anda menuju ke bandar Bentong, anda akan menemui kampung ini.




10). Jalan Baru Jumpa


Jalan Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, Sabah yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah. 


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ