Sihir Senjata Super Yahudi/Zionist Pada Akhir Zaman
Kita fikir bahawa dunia akan dikawal oleh penggunaan teknologi yang berasaskan ilmu sains (fizikal) semata-mata. Kita lupa bahawa ilmu sihir (metafizikal) juga memainkan peranan penting untuk melengkapkan agenda NEW WORLD ORDER.
1) Apabila kita menyebut tentang sihir, kita mungkin menyangka bahawa ilmu tersebut hanya merupakan ilmu zaman kuno yang mungkin efektif digunakan kepada mereka yang LEMAH sahaja. Namun persangkaan kita sebenarnya silap, kerana kekuasaan SIHIR adalah HEBAT di tangan mereka yang benar-benar menguasainya. SIHIR merupakan ilmu dari Allah S.W.T yang perturunkan kepada dua malaikat iaitu Harut dan Marut kepada golongan manusia di zaman Babilonia silam. Dan SIHIR banyak kali disebut dalam Al-Quran dan Hadis Nabi, malah ia juga berulang kali disebut dalam kitab-kitab agama samawi yang lainnya. Penulis tidak berniat untuk bercerita mengenai SIHIR ini secara panjang lebar kerana skop dunia SIHIR ini amat luas. Penulis hanya mahu mencetuskan rasa ingin tahu para pembaca untuk terus mengkaji perihal ancaman SIHIR ini pada akhir zaman, jika ia benar-benar telah dikuasai oleh golongan Yahudi-Zionist.
2) Penulis mula mendapatkan pendedahan yang agak ilmiah mengenai KEKUASAAN SIHIR sebagai senjata super akhir zaman ini melalui beberapa bahan bacaan yang penulis dapati di Indonesia. Antara bahan bacaan yang boleh membuka minda kita terhadap perkaitan SIHIR dan Yahudi ini ialah buku Ayat-Ayat Hitam Talmud oleh Prof. Dr. Muhammad asy-Syarqawi dan Knights Templar Knights of Christ oleh Rizki Ridyasmara, seorang tokoh pengkaji Zionisme Antarabangsa yang agak terkenal di Indonesia selain dari Ustaz Abu Bakar Basyir (yang dikaitkan dengan peristiwa pengeboman di Bali oleh Jemaah Islamiyyah tidak lama dahulu). Melalui beberapa sumber bacaan bertulis inilah, disertakan dengan sumber-sumber di internet, maka penulis dapat melihat ancaman sebenar dari SIHIR ini untuk umat manusia.
Borobudur merupakan monumen penyembahan zaman pra-Islam yang terbesar di Nusantara setakat ini. Terletak berdekatan Kota Jogjakarta. Ia merupakan simbol bahawa suku Jawa kuno amat dekat dengan unsur-unsur mistikal ketuhanan berbanding suku-suku lain dalam Rumpun Melayu di zaman pra-Islam dahulu.
3) Oleh kerana itu, sebelum ini penulis ada memaparkan satu artikel berkenaan amalan PRIMBON (artikel itu tidak ditulis oleh penulis), satu amalan ilmu ghaib yang masih diamalkan oleh segelintir suku Jawa terutamanya di daerah Jogjakarta (tempat asal kitab PRIMBON ini). Penulis sengaja membangkitkan soal PRIMBON kerana ia merupakan sejenis ilmu SIHIR di Alam Melayu yang paling lengkap didokumentasikan melalui kewujudan beberapa kitab-kitab Jawa Kuno yang berkaitan dengannya. Jadi secara tidak langsung kita dapat melihat adanya perkaitan mengapa pihak Barat, terutamanya Amerika Syarikat yang telah dipengaruhi Zionist ini mendekati Republik Indonesia dari pelbagai sudut. Kerana Indonesia, khususnya suku Jawa, mempunyai beberapa faktor yang paling dikehendaki oleh pihak Zionist, iaitu ilmu SIHIR silamnya, di samping tenaga manusianya yang ramai, penting untuk diperhambakan oleh golongan Zionist ini kemudian hari. Manifestasi cengkaman agenda NEW WORLD ORDER telah pun dirasai secara langsung di Indonesia ini setelah berjayanya reformasi pada tahun 1998. Hiburan dan perihal khurafat telah berkembang biak melalui media secara terang-terangan, sehinggakan iklan-iklan karut seperti menilik nasib pun dipaparkan secara terbuka di dalam televisyen di negara Indonesia ini. Malaysia pun mungkin sedang menuju ke arah KETERBUKAAN media seperti di Indonesia jika para pemimpin kita lalai dalam mengawal pengaruh halus dari proksi Yahudi-Zionist ini.
4) Mana-mana kawasan dalam dunia ini yang mempunyai khazanah berharga, tidak kira dalam bentuk fizikal atau sebaliknya, akan didekati oleh proksi-proksi Zionist ini. Ini kerana dari segi sejarahnya, bangsa Yahudi mempunyai kecenderungan untuk mencapai apa-apa jua kuasa duniawi dan metafizikal agar mereka benar-benar menjadi "UMAT YANG TERPILIH", iaitu golongan manusia yang menjadi TUAN di muka bumi ini. Jangan kita lupa bahawa bangsa Israel-Yahudi telah hidup di pelbagai peradaban manusia kuno yang banyak mengamalkan SIHIR, iaitu dari Tamadun Mesir, Tamadun Assyria, Tamadun Babilonia, Tamadun Parsi sehinggalah Tamadun Rom yang secara beransur berubah kepada ilmu-ilmu sains dan pemikiran logik. Dari pelbagai tamadun sejak dahulu kala inilah maka bangsa Yahudi yang ada sekarang telah banyak menyerap ilmu-ilmu SIHIR ini dan dicampur-adukkan dalam doktrin-doktrin agama ciptaan mereka sendiri. Mereka mahu mengembalikan kepercayaan khurafat kepada penduduk dunia agar manusia selain mereka lalai dan tidak berfikir dengan rasional dalam kehidupan mereka. Sebaliknya ilmu-ilmu SIHIR yang berpotensi sebagai SENJATA SUPER yang bersifat mengawal alam ini akan hanya dimiliki atau dipegang oleh golongan elit Yahudi-Zionist, supaya manusia lain tunduk kepada kekuasaan mereka.
TOWER OF BABEL merupakan simbol tamadun kota Babilonia yang telah musnah tanpa kesan pada hari ini. Ia dibina demi "mencapai" Tuhan di langit. Babilonia merupakan ibu kota kepada banyak kerajaan (empayar) yang bangun dan jatuh di sekelilingnya. Diriwayatkan Raja Namrud (Nimrod) yang merupakan Raja pertama manusia, terlibat dalam pembinaan menara ini.
5) Mungkin kita sudah biasa mendengar berkenaan Kitab Talmud, iaitu kitab ciptaan pendita-pendita Yahudi yang banyak menyelitkan unsur-unsur mistikal yang asalnya tidak wujud dalam agama Yahudi yang asli. Kerana syariat dan akidah agama Yahudi yang sebenarnya adalah bersumberkan kitab Taurat yang kurniakan kepada Nabi Musa A.S, bukannya penciptaan Kitab Talmud ini. Tetapi ada banyak lagi kitab-kitab palsu dan sesat yang diciptakan oleh pendita-pendita Yahudi elit yang gila kekuasaan ini termasuklah Kitab Zohar, yang menjadi asas pegangan satu fahaman mistik Yahudi yang bernama Kabbalah. Kebanyakan asas-asas mistik mereka ini berasal dari Tamadun Mesir yang kemudiannya di bawa hingga ke Babilonia dan seterusnya menyebar ke serata dunia dari Eropah. Golongan ini tidak lagi beriman kepada Tuhan yang Satu. Dari golongan sesat Yahudi inilah maka munculnya Priory of Sion, Knights Templar, Freemasonry, Illuminati dan pelbagai lagi persatuan-persatuan rahsia yang saling berkait dengan satu tujuan bersama, iaitu untuk menguasai dunia mengikut acuan mereka yang berimankan Iblis (Lucifer) ini tadi. Secara logiknya, agenda golongan ini amat bertepatan dengan niat Iblis itu sendiri untuk menyesatkan cucu cicit Adam hingga ke Akhir Zaman. Dan inilah manifestasi dari "niat" Iblis tersebut dalam menterjemahkan usahanya untuk menyesatkan, malah memperhambakan manusia di bumi ini mengikut telunjuknya.
6) Mereka yang secara berselindung bertuhankan Iblis (Lucifer) ini sedang menanti kedatangan Al-Masih mereka iaitu Dajjal (Anti-Christ) untuk merealisasikan impian bangsa Yahudi-Zionist memerintah dunia dari Haikal Sulaiman (Temple of Solomon) yang bertempat di Bukit Zion, ibu kota "TANAH YANG DIJANJIKAN" (The Promised Land), sebuah kawasan yang meliputi Mesir purba hingga ke sempadan Iran kini. Inilah yang dikatakan Tata Dunia Baru (NEW WORLD ORDER) yang selama ini dinafikan oleh sumber-sumber kuasa dunia sebagai Teori Konspirasi yang cuba menimbulkan paranoid dikalangan manusia, padahal ia suatu realiti yang menanti masa untuk bermanifestasi mengawal manusia selain bangsa Yahudi secara total di Akhir Zaman. Salah satu kaedah mereka itu ialah melalui penggunaan SIHIR tersebut. SIHIR telah terbukti sebagai satu sumber KUASA yang boleh dijadikan SENJATA SUPER yang selama ini menjadi tunjang pembentukan tamadun-tamadun silam yang mencapai status EMPAYAR. Kini pihak Yahudi-Zionist bersama proksi-proksi gerakan rahsia mereka tidak lagi bersembunyi di sebalik tabir, mereka telah berani mendedahkan konflik serta usaha mereka ini melalui pelbagai karya semasa seperti filem ANGELS AND DEMONS dan THE DA VINCI CODE. Menjadi proksi Zionist tidak semestinya seseorang itu perlu berdarah Yahudi, hanya nafsu dan sifat yang ingin menjadi elit, sudah memadai untuk seseorang itu tunduk kepada misi Zionist tersebut. Biasanya simbol PIRAMID (segi tiga) dan MATA SATU akan menjadi simbol tersembunyi mereka.
Monumen patung Firaun Ramses II yang dianggap Tuhan di bumi. Pernah tak kita terfikir bagaimana Firaun dapat mengawal pendita-penditanya yang terkenal sebagai penyihir-penyihir yang terhebat pada zaman itu? Sudah tentu Firaun sendiri pun mempunyai ilmu sihir yang lebih hebat. Bayangkan apa akan jadi jika Yahudi-Zionist punyai kehebatan sihir seperti Firaun ini?
7) Berikut ialah contoh kenyataan berkenaan SIHIR tamadun Mesir yang di ambil dari Kitab Funun As-Sihri: "Sudah menjadi maklum bahawa bangsa Yunani (Greek) dan Rom serta lainya yang merupakan pusat-pusat ilmu pengetahuan (Sains dan Logik) pada masa dahulu, mereka menilai bahawa sihir Mesir lebih tinggi dan lebih kuat pengaruhnya dibandingkan dengan sihir yang ada di negara-negara timur yang lain. Bahkan para ahli sihir dari kerajaan-kerajaan yang berdekatan dengan Mesir berusaha untuk mengikuti ritual penyihir-penyihir Mesir dan menyerupai mereka dalam segenap amalannya" (Asy-Syantanawi, Op. Cit, halaman 29). Kitab ini dengan jelas mengiktiraf kedudukan SIHIR (Mesir) amat dikagumi oleh golongan yang berfahaman logik yang berbasiskan Sains iaitu bangsa Yunani dan Rom sehingga sihir Mesir ini telah mempengaruhi manusia-manusia lain (termasuk juga Bani Israel ketika itu) dalam mengamalkan ilmu-ilmu hitam tersebut. Istilah magik juga dipercayai berasal dari ajaran Zoroasterisme iaitu kaum Majusyi (dari tamadun Parsi-Babilonia) di mana para pendita agama itu digelar "Magi", iaitu asal perkataan untuk "Magic". Ini membuktikan bahawa ilmu SIHIR dari golongan pendita-pendita Zoroasterisme Parsi-Babilonia tidak kurang hebatnya, memandangkan Babilonia (Babylon) merupakan tempat pertama SIHIR itu diturunkan melalui dua malaikat oleh Allah S.W.T sebagai ujian buat umat manusia. Hari ini, semakin banyak rancangan TV, komik, permainan video, majalah, novel bahkan pertunjukan silap mata yang secara langsung memaparkan unsur-unsur pemujaan terhadap SIHIR dan bersifat khurafat ini. Kini ilmu sihir telah dipopularkan menjadi budaya semasa (seperti budaya pop) yang boleh diterima secara umum, contohnya seperti pengaruh filem Harry Potter dan lain-lain.
8) Selama ini, pengaruh SIHIR dalam pembentukan tamadun-tamadun silam sering dipinggirkan dalam catatan sejarah kerana ianya dinilai tidak mempunyai unsur-unsur jelas yang boleh dirujuk, diukur atau disukat. Tetapi secara realitinya, kesan sihir ini adalah amat universal sekali sehinggakan banyak monumen-monumen purba yang berskala gergasi masih menjadi misteri kepada para pengkaji, kerana memikirkan bagaimana sebenarnya struktur-struktur itu dibina pada zaman yang tiada kemajuan sains dan teknologi seperti kini? Walaupun ada teori-teori yang dapat menjelaskan secara ilmiah tentang pembinaan struktur-struktur tersebut, namun ia masih tinggal sebagai teori, sama seperti kita beranggapan mungkin sihir pun terlibat dalam kerja-kerja pembinaan monumen purba itu, contohnya pembinaan piramid di Mesir dan Menara Babil (TOWER OF BABEL) di Babilonia yang telah musnah. Mungkinkah terdapat penglibatan makhluk halus (jin) dalam pembinaan tersebut? Kerana kita sedia maklum SIHIR memang mempunyai kaitan dengan pertolongan jin tersebut. Islam tidak menafikan pengaruh jin dan sihir ini ke atas kehidupan manusia. Ada juga hadis yang mengatakan Rasulullah pun pernah terkena sihir. Dan terdapat ayat-ayat dari Al-Quran yang menjadi pelindung kepada serangan-serangan dari sihir tersebut. Akan tetapi sihir bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan oleh mereka yang beriman, kerana ilmu sihir itu datangnya dari Allah jua sebagai ujian kepada umat manusia. Golongan Yahudi-Zionist lupa bahawa sehebat mana pun sihir yang mereka ada, ia tetap tidak menyamai kehebatan MUKJIZAT para nabi dan juga KARAMAH dari mereka-mereka yang warak.
Ertinya: "Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikuti ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh golongan Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi golongan Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia itu ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negara Babilonia, sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata "Sesungguhnya kami ini hanyalah ujian untuk iman kamu, oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali mudharat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 102)
Sumber
0 comments:
Post a Comment