Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Khidmat Penari Bogel Di Malaysia Kini Di Hujung Jari Anda!




Sebuah agensi berpangkalan di Malaysia yang menawarkan khidmat ‘hiburan dewasa’, termasuk penari bogel telah dikesan mengiklankan perkhidmatan mereka di laman sosial melalui laman web.

Syarikat dipercayai milik warga tempatan itu menawarkan bakat tempatan mahupun warga asing melalui laman web www.mystripperforhire.blogspot.com lapor portal The Ant Daily.





Malah berdasarkan iklan di laman web berkenaan, bukan sahaja khidmat penari wanita, malah lelaki juga boleh mempersembahkan tarian bogel.

Selain itu artisnya juga boleh beraksi dengan pakaian atau kostum jururawat, anggota polis, Santa Claus, budak hotel, penghantar pizza atau pelajar sekolah dengan kadar bayaran RM100 bagi setiap kostum.

Bagaimanapun, pelanggan tidak dibenarkan meminta layanan lain selain pertunjukan ‘hiburan dewasa’ sepanjang 30 minit atau 1 jam persembahan.

“Pelanggan perlu tahu, ini BUKAN khidmat urut atau peneman.

“Tiada khidmat tambahan! Kami memberi persembahan terbaik bagi keseronokan majlis anda.

“Sekiranya penghibur kami disentuh, atau diserang secara fizikal atau kata-kata, persembahan ditamatkan dan pesalah akan didakwa menurut undang-undang.


“Jangan bawa kamera video, kamera atau kamera telepon. Jangan cium, jangan raba, jangan pegang, jangan lakukan seks ketika persembahan, melainkan dibenarkan penghibur,” kandungan iklan di laman web berkenaan dipetik The Ant Daily.

Selain itu, agensi itu juga meletakkan syarat setiap persembahan hanya boleh ditonton oleh 10 orang dan jika lebih bayaran RM100 akan dikenakan bagi setiap seorang penonton yang lebih.

Laman web berkenaan turut didapati menawarkan harga promosi dengan kadar RM1,000 untuk dua penari bogel wanita.

Antara penghibur yang ditawarkan adalah dari Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam, Timur Tengah serta Eropah selain warga Malaysia.




Nota: Gambar di atas adalah sekadar hiasan 


1 comments:

Tell me more than that

9 March 2019 at 16:25 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ